Kaum Ibu - Kelas Tajwid Al-Quran Masjid T.Kemang 2026
Kelas Agama untuk Kaum Ibu di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh itu hadirlah untuk menimba ilmu tajwid bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Blog ini bukan blog rasmi MKTK . Sila klik di bawah .
Utama
- Home 2026
- Organisasi
- Pegawai Masjid
- Nazir/Imam
- Ustaz 2026
- Khairat Kematian
- Sayyidul Istighfar
- Tajwid Al-Quran
- Mengumpat
- Kaum Ibu - Kelas Al Quran 2026
- Subjek Tajweed Kelas
- Ibadah Umrah
- Kelas Iqra Sehingga 2023
- Haji Yang Mabrur
- Adab Ke Masjid
- Bayan Linnas
- Fatwa Mufti NS
- Kubor TKemang
- Kematian Pada 2026
- Masjid Di P.Dickson
- Mayat Orang Islam
Monday, April 6, 2026
Sunday, March 29, 2026
8 Peristiwa Penting Dalam Bulan Syahwal
8 PERISTIWA PENTING BAGI UMAT ISLAM DALAM BULAN SYAWAL
👇🏻untuk
kita sama-sama hayati, ceritakan pada anak-anak, keluarga tercinta dan
semua sahabat. Mudah-mudahan rasa cinta kepada sirah Nabi Muhammad SAW
terus mekar dalam jiwa kita semua. 🌷🤲🏻
1) TAHUN PERTAMA HIJRAH: KELAHIRAN ABDULLAH BIN ZUBAIR RA
🔸Nama
lengkap Abdullah bin Zubair bin Al -‘Awwam bin Khuwailid bin Asas bin
Abdul ‘Uzza bin Qushay Al Asadi. Beliau juga dipanggil dengan sebutan
Abu Bakar dan ada pula yang menyebutnya Abu Khubaib.
🔸Abdullah
bin Zubair atau Ibnu Zubair adalah anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma
binti Abu Bakar. Zubair juga anak saudara kepada isteri pertama Nabi
Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah.
🔸Beliau adalah bayi pertama
muhajirin yang dilahirkan di Madinah. Di dalam satu kisah yang
diceritakan oleh Saidatina Asma’ ketika mana beliau mengandungkan
Abdullah Bin Zubair. Kata beliau :
Maksudnya : "Aku keluar dan pada
ketika aku dah hampir melahirkan. Aku singgah di Quba dan aku telah
melahirkan anak di Quba. Kemudian aku pergi menemui Rasulullah SAW. Lalu
aku meletakkan anakku di bilik Baginda. Kemudian Baginda memohon untuk
dibawakan tamar. Lantas Baginda mengunyah tamar tersebut kemudian
meludah kunyahan tersebut di mulutnya. Benda pertama yang masuk ke
tubuhnya ialah air liur Rasulullah SAW. Baginda kemudiannya mentahnikkan
dengan sebiji tamar dan memberkatinya. Anak aku adalah bayi yang
pertama yang dilahirkan pada zaman Islam (iaitu anak kaum muhajirin yang
pertama dilahirkan selepas hijrah).” (HR al-Bukhari & Muslim, hadis
sahih)
2) TAHUN KE-2 HIJRAH
🔸 PERANG QAINUQA
Perang
Qainuqa terjadi pada Syawal tahun ke-2 hijrah disebabkan oleh kebencian
kaum Yahudi terhadap kemenangan kaum Muslimin atas orang-orang Quraisy
dalam perang Badar.
🔸 PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SAIDATINA AISYAH
Daripada Aisyah RA berkata:
Maksudnya:
“Rasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah
bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih
beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?” (HR Muslim, hadis sahih)
3) TAHUN KE-3 HIJRAH: PERANG UHUD
🔸Perang
Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah
bersamaan 26 Mac 625 Masihi. Ia berlaku disebabkan dendam kaum kafir
Quraisy terhadap orang Islam yang telah mengalahkan mereka ketika Perang
Badar dan mengorbankan sebilangan besar tokoh pembesar mereka.
🔸Perang
ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang
dikelilingi Bukit Uhud. Bukit ini dikatakan panjang sekitar 6 km hingga 7
km. Panglima tentera Islam di dalam Perang Uhud ialah Nabi Muhammad SAW
sendiri, manakala panglima perang bagi tentera Quraisy dan sekutunya
pula ialah Abu Sufyan bin Harb.
🔸Perbezaan kekuatan tentera
antara kedua pihak sangat berbeza. Kekuatan tentera Islam pada asalnya
seramai 1000 orang, namun akibat hasutan Abdullah bin Ubai (ketua
munafik), 300 orang tentera telah berpatah balik ke Madinah.
🔸Tentera musyrikin Quraisy pula seramai 3000 orang termasuk 200 tentera berkuda. Tentera Muslim kalah dalam perang ini.
4) TAHUN KE-4 HIJRAH: PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW
Dari Aisyah ra, ia berkata:
Maksudnya:
“Rasulullah saw menikahiku di bulan Syawal. Dalam riwayat yang lain:
Sungguh Nabi menikah dengan Ummu Salamah ra pada bulan Syawal.” (HR Ibnu
Majah)
5) TAHUN KE-5 HIJRAH: PERANG KHANDAQ (PARIT)
🔸Khandak
bermaksud parit yang digali tetapi tiada air. Ia dibuat sebagai satu
strategi perang yang telah diarahkan oleh Rasulullah SAW hasil cadangan
daripada seorang sahabat bernama Salman Al-Farisi r.a.
🔸Peperangan
Khandak juga dinamakan sebagai Perang Ahzab kerana tentera Islam
berhadapan dengan gabungan tentera musuh yang sangat ramai. Di saat yang
getir antara tentera Islam dan musuh berperang sehingga timbul rasa
takut yang sangat tinggi di dalam hati kaum muslimin, Rasulullah SAW
berdoa di kawasan yang sekarang telah dibina sebuah masjid yang
dinamakan Masjid Fattah. Doa tersebut terkandung di dalam sebuah hadis
daripada Abdullah bin Abu Aufa r.anhuma, beliau menceritakan:
Maksudnya:
“Rasulullah SAW berdoa pada saat perang Ahzab menghadapi kepungan
musyrikin: “Ya Allah yang menurunkan kitab, cepat perhitungannya. Ya
Allah, hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan
porak-perandakanlah mereka.” (HR Bukhari, hadis sahih)
6) TAHUN KE-8 HIJRAH: PERANG HUNAIN
🔸Perang
Hunain terjadi pada bulan Syawal tahun 8 hijrah di lembah Hunain, iaitu
sebuah lembah yang menjadi penghubung kota Makkah dan Thaif. Perang ini
diikuti oleh 12,000 tentera, terdiri dari 10,000 penduduk kota Madinah,
dan 2,000 dari kota Makkah. Sedangkan pasukan musuh terdiri dari 20,000
tentera.
🔸Menurut Syeikh Dr Said Ramadan al-Buti dalam kitab
Sirah Nabawiyah menyatakan pertempuran Hunain adalah pertempuran antara
Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya melawan kaum Badwi dari suku Hawazin
dan Tsaqif.
🔸Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan bagi
kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang
banyak. Pertempuran Hunain merupakan salah satu pertempuran yang
disebutkan dalam Al-Quran.
7) TAHUN KE 8 HIJRAH: PERANG TAIF
🔸Peperangan
Taif ataupun nama lainya adalah Peperangan Hawazin. Ia berlaku pada
bulan Syawal tahun 8 Hijrah, rentetan dari berlakunya peperangan Hunain.
Perang ini berlaku apabila sisa-sisa pasukan kaum Quraisy yang kalah
dalam peperangan hunain melarikan diri ke kota Taif.
🔸Semasa
peperangan ini berlangsung, Rasulullah SAW menggunakan strategi perang
yang berbeza apabila melihat tentera Islam tidak dapat menembus benteng
kota yang kukuh, melihat keadaan tersebut, akhirnya Rasulullah SAW
mengubah taktik penyerangan, dengan menyekat seluruh kawasan di wilayah
Taif selama lebih 20 malam. Pada akhirnya penduduk Taif menyerah dan
menyatakan keinginannya untuk bergabung dengan pasukan Islam.
8 ) KELAHIRAN IMAM BUKHARI
🔸Tarikh Lahir: Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah di kota Bukhara, Uzbekistan
🔸Wafat:
1 Syawal 256 Hijrah (malam hari raya Aidil Fitri) (Rujukan: Syekh Ahmad
Bilal, As-Sirajul Munir fi Alqabil Muhadditsin)
Sunday, February 15, 2026
MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN
30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN
Jom Prepare!
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.
SILA SHARE DAN SEBARKAN
Sunday, December 14, 2025
Saturday, November 8, 2025
Kaedah belajar/baca Al-Quran
Kaedah belajar/baca Al-Quran:
1. Membaca Quran dgn tartil:
Perlahan dan teratur: Membaca dengan kadar yang tidak tergesa-gesa agar setiap huruf dapat disebut dengan jelas.
Jelas: Memastikan setiap huruf disebut dengan tepat (makhraj huruf).
Mematuhi hukum tajwid: Mengikut hukum-hukum tajwid seperti panjang mad, dengung, dan tempat berhenti serta ibtidak yang betul.
Surah Al-Muzammil ayat 4
اَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْاٰنَ تَرْتِيْلًا ٤
"Au zid 'alaihi warottilil-Qur'aana tartiila"
Ertinya: "atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan dengan bacaan yang baik dan benar."
2. Arahan suruh diam ketika mendengar bacaan Quran
Surah Al-A'raf, ayat 204.
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ.
"wa idzâ quri al-qur ânu fastami‘û lahû wa ansitû la ‘allakum tur- hamûn"
Ertinya: "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat".
3. Baca jgn laju, dengar dulu baru ikut:
Surah Al-Qiyamah ayat 16-18
Ayat 16:
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ ١٦
"lâ tuḫarrik bihî lisânaka lita‘jala bih"
Ertinya "Janganlah engkau (Muhammad) menggerakkan lidahmu untuk tergesa-gesa membacanya"
Ayat 17:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ ١٧
"Inna 'alainaa jam'ahuu waqur aanah'
Ertinya: "Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya di dadamu dan membacakannya"
Ayat 18:
فَإِذَا قَرَأْنَـٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ ١٨
"Fa iza qara' naahu fattabi' qur aanah"
Ertinya: "Maka apabila Kami telah selesai membacakannya, ikutilah bacaannya"
Tuesday, September 30, 2025
Saturday, August 23, 2025
SELAWAT UNTUK RASULULLAH
SELAWAT UNTUK RASULULLAH
Abdullah bin Amr bin al-Ash bahwa dia mendengar Rasulullah brsabda.
"Barangsiapa brselawat untukku sekali, maka dengannya Allah mmberikan selawat (yakni rahmat) untuknya 10 kali ."
Shahih Muslim - Kitab ash-Shalah, Bab Istihbab al-Qaul Mitsl al-Mu'adzdzin, 1/ 288, no. 384.
Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW brsabda.
"Barangsiapa berselawat untukku sekali, niscaya Allah memberikan selawat (yakni rahmat) untuknya 10 kali ."
Shahih Muslim, - Kitab ash-Shalah, Bab ash-Shalah 'Ala an-Nabiy Si, 1/306, no. 408.
Rujukan KItab Adzkar Imam Nawawi
LInk rujukan KItab : https://tinyurl.com/3npwrcb4
-
Assalamualaikum. PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG 2025 Penyertaan Ibadah korban tahun 2025. bayaran ansuran atau tunai secara m...
















