***************************************************************
Kelas Agama untuk Kaum Ibu di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh itu hadirlah untuk menimba ilmu tajwid bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Blog ini bukan blog rasmi MKTK . Namun Tuan S/U MKTK banyak menolong saya. Sila klik di bawah .
Apakah hukumnya amalan yang selalu dilakukan oleh orang yang membaca
Quran termasuk kanak-kanak iaitu mencium Quran selepas membacanya atau
ketika mengambilnya kerana ada orang yang mengatakan cium Quran itu
merosakkan aqidah?
Jawapan:
Hukum mencium mushaf yakni
Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus
di sisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan
Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.
Berkata Imam As-Suyuthi:
يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْمُصْحَفِ لِأَنَّ عِكْرِمَةَ بْن أَبِي جَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يَفْعَلُهُ
Ertinya:
”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang
bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni
mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)
Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Palestin:
يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .
ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .
قال
النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد
صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه
ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .
المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني
Ertinya:
“Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab
Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan
sunatnya.Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang
diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan
mushaf pada setiap pagi dan menciumnya. Dan adalah Uthman r.a. mencium
akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.
“Berkata Imam
Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah
diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu
Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau
meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab
Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palestin)
Kesimpulan
Mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain.
Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.
Dan
perkataan mencium Quran boleh merosakkan akidah itu adalah dusta tidak
ada berkata seperti itu oleh ulamak dan menuduh sahabat-sahabat Nabi
r.a. sebagai rosak aqidah adalah fitnah yang sangat keji.
Tidak rosak aqidah sebab cium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.
SELAWAT UNTUK RASULULLAH Abdullah bin Amr bin al-Ash bahwa dia mendengar Rasulullah brsabda. "Barangsiapa brselawat untukku sekali, ma...