Home
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji- pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam
untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat
Baginda seluruhnya.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
jutaan terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya
menukilkan sepatah dua kata di laman Kelas Agama Masjid Teluk Kemang ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah kerana
memberi peluang kepada saya untuk menerajui web ini. Namun begitu, saya
melihat juga ini sebagai ketentuandari Allah s.w.t, kerana kemampuan saya
untuk menjalankan amanah ini amat bergantung kepada masa, keupayaan dan
komitmen saya pada urusan yang lain seperti kerjaya dan keluarga. Mudah2an
Allah s.w.t sentiasa memberi jalan dan memandu saya dalam mengemudi
halatuju laman web ini . Saya mengambil tanggungjawab ini dan menganggapnya
sebagai satu amanah yang berat bagi membangunkan laman ini demi ke arah
mencapai visi iaitu menjadikan masjid ini sebagai pusat ibadah yang dapat
melahirkan ummah yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
Aktiviti Masjid ini tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja, seperti ibadat
solat, sebaliknya, konsep dan falsafah rumah Allah yang telah ditunjukkan dan
dipraktikkan oleh sirah Rasulullah SAW, merangkumi semua aspek kehidupan
termasuk perhubungan di antara manusia dengan Allah dan antara manusia
sesama manusia harus juga dipraktikkan di Masjid kita ini.
Saya menyeru kepada semua jemaah agar sama-sama dengan AJK untuk
menyumbang buah fikiran bagi membangunkankan masjid yang kita sayangi ini
serta bersama-sama melibatkan diri dan memberi sokongan ke atas sebarang
aktiviti yang dijalankan. Sama-samalah kita bersatu hati dan mengeratkan ukhuwah
sesama kita demi untuk mendapatkan keredhaan Allah serta rahmat daripadaNya.
Mudah-mudahan segala sumbangan kita diterima Allah dan menjadikan ia
saham berterusan untuk kita nikmati apabila kita meninggalkan alam fana ini.
Sekian dan Terima kasih.
Pengerusi, Bloger Kelas Mengaji MKTK , Port Dickson. ( 2025 )
No comments:
Post a Comment