Mengumpat

 


Pengajaran:

1.  Mengumpat adalah perbuatan yang dilarang oleh Islam.

2.  Orang yang mengumpat diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah SWT:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢ 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat Ayat 12)

3.  Menurut Ibn Kathir: "Mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun daripada itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan)." (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)

4.  Al-Nawawi dan Ibn Qudamah menyebut 6 keadaan mengumpat yang diharuskan oleh syarak:

(a)  Membuat aduan mengenai kezaliman kepada pihak berkuasa atau hakim agar kezaliman dapat dibanteras dan diadili;

(b)  Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat;

(c)  Meminta fatwa;

(d)  Memberikan peringatan kepada orang lain terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang terhindar daripada kejahatannya;

(e)  Seseorang yang terang-terang melakukan kemungkaran; dan

(f)  Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta dan dia redha dengannya.


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

No comments:

Post a Comment

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024