BERHENTI SOLAT SEBAB MEMBERI PERTOLONGAN
SOALAN :
Ketika sedang menunaikan solat andainya berlaku kemalangan menimpa seorang yang lain adakah boleh orang yang sedang solat itu berhenti dari solat kerana hendak menolongnya sebab tidak ada orang lain untuk menolong?
JAWAPAN :
Siapa yang sedang menunaikan solat fardu haram atasnya berhenti tanpa sebab yang diharuskan pada syarak.
Diantara sebab harus berhenti dari solat yang sedang dikerjakan ialah kerana menolong orang yang sedang kesakitan atau ditimpa musibah.
Berkata Imam Al-Izz bin Abdul Salam :
تقديم إنقاذ الغرقى المعصومين على أداء الصلاة؛ لأن إنقاذ الغرقى المعصومين عند الله أفضل من أداء الصلاة، والجمع بين المصلحتين ممكن بأن ينقذ الغريق ثم يقضي الصلاة. ومعلوم أن ما فاته من مصلحة أداء الصلاة لا يقارب إنقاذ نفس مسلمة من الهلاك
Artinya : “Menyelamatkan orang yang sedang tenggelam yang dipelihara mereka itu didulukan atas menunaikan solat kerana menyelamatkan orang yang tenggelam yang dipelihara mereka itu disisi Allah lebih afdhal daripada menunaikan solat. Dan menggabungkan antara dua masalahat tersebut adalah mungkin yaitu menolong yang sedang tenggelam kemudian menunaikan solat. Dan yang maklum bahawa apa yang luput dari maslahat menunaikan solat tidak menyamai dengan menyelamatkan satu nyawa orang Islam dari binasa.” (Qawaidul Ahkam)
Dan terkadang wajib berhenti dari solat kerana menyelamatkan nyawa apabila tidak ada orang lain selain yang sedang solat itu.
Telah berkata Imam Al-Haskafi Al-Hanafi :
ويجب لإغاثة ملهوف وغريق وحريق
Artinya : “Dan wajib berhenti kerana menolong orang yang dizalimi dan yang sedang tenggelam dan dalam kebakaran.” (Durul Mukhtar Syarah Tanwirul Absor)
Kesimpulan
Sengaja berhenti dari solat fardu yang sedang dikerjakan tanpa sebab yang diharuskan pada syarak adalah haram dan berdosa.
Harus berhenti dari solat yang sedang dikerjakan kerana menolong orang yang sedang dalam kecemasan seperti lemas atau terbakar atau kemalangan atau seumpamanya.
Dan begitu juga harus melambatkan solat kerana yang demikian itu sekalipun ditakuti habis waktunya.
Selesai memberi pertolongan itu maka hendaklah diulangi solat yang dihentikan itu dari awal jika masih ada waktunya dan jika sudah habis waktunya maka jadilah ia qadha.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
https://www.facebook.com/share/p/15ktMEin5a/?mibextid=oFDknk
Kelas Agama untuk Kaum Ibu di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh itu hadirlah untuk menimba ilmu tajwid bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Blog ini bukan blog rasmi MKTK . Namun Tuan S/U MKTK banyak menolong saya. Sila klik di bawah .
Utama
- Home 2025
- Organisasi
- Pegawai Masjid
- Nazir/Imam
- Ustaz 2025
- Khairat Kematian
- Sayyidul Istighfar
- Tajwid Al-Quran
- Mengumpat
- Kaum Ibu - Kelas Al Quran 2025
- Ibadah Umrah
- Kelas Iqra Sehingga 2023
- Haji Yang Mabrur
- Adab Ke Masjid
- Bayan Linnas
- Fatwa Mufti NS
- Kubor TKemang
- Kematian Pada 2025
- Ustaz MKTK
- Masjid Di P.Dickson
- Mayat Orang Islam
BERHENTI SOLAT SEBAB MEMBERI PERTOLONGAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
SELAWAT UNTUK RASULULLAH
SELAWAT UNTUK RASULULLAH Abdullah bin Amr bin al-Ash bahwa dia mendengar Rasulullah brsabda. "Barangsiapa brselawat untukku sekali, ma...
-
19 Jan 2025 Ahad - Kuliah Suboh 18 Jan 2025 Sabtu - Kuliah Maghrib 18 Jan 2025 Sabtu - Kuliah Suboh 17 Jan 2025 Jumaat - Kuliah M...
-
لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ ➖➖➖🕋➖➖➖ Hadis yang diriwayatkan ...
No comments:
Post a Comment