5 Adab Sebelum Baca Al-Quran

 5 Kelebihan Membaca Al-Quran Yang Anda Perlu Tahu!

Terdapat banyak kelebihan membaca Al-Quran yang boleh dinikmati andai anda melakukan amalan ini pada setiap hari. Membaca kitab suci merupakan satu perkara yang sangat mudah kerana ia akan mengambil masa yang sikit sahaja untuk dibaca tetapi memberi kesan yang besar. Membaca kitab suci al-Quran bukan sahaja satu amalan yang dituntut dalam agama Islam, malah ia juga membantu si pembaca untuk kekal tenang dan percaya pada kekuasaan Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, pegangan utama kita adalah Al-Quran dan Hadis. Jadi, kita perlu berusaha mencari ilmu pengetahuan serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu tahu dan patuh pada adab membaca Al-Quran agar kita dapat membaca Al-Quran dengan lebih fokus dan memanfaatkan kebaikannya.

Kedua-dua info penting ini akan dikongsi dalam artikel ini.

5 Adab Sebelum Baca Al-Quran


Sebelum anda membaca Al-Quran, terdapat beberapa perkara yang perlu ada ikut supaya dapat melakukan amalan ini dengan penuh khusyuk dan ketenangan.

1. Bersuci

Sebelum anda membaca kitab suci, sudah pasti  perlu berada dalam keadaan suci dan bersih dengan berwuduk dan memakai pakaian yang bersih. 

Kepentingan adab ini untuk menikmati kelebihan membaca Al-Quran boleh dilihat di dalam satu hadis iaitu:

Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. (Riwayat Tarmizi)

2. Tempat Yang Bersih

Anda juga perlu memastikan hanya membaca Al-Quran di tempat yang bersih dan kemudian meletakkannya di tempat yang tinggi. 

Anda disarankan untuk meletakkan Al-Quran di tempat yang lebih tinggi sebagai tanda menghormati kitab suci ini berbanding dengan buku-buku lain.

Begitu juga dengan Al-Quran, di mana anda perlu melindunginya dan membaca di tempat yang bersih.

3. Baca Al-Quran Dan Menghadap Kiblat Dengan Aurat Yang Tertutup

Adab seterusnya sebelum membaca Al-Quran adalah menghadap kiblat semasa melakukan amalan ini. Ia berdasarkan hadis iaitu:

“Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat.” (Al-Tabari meriwayatkan dalam Tahzib al-Athar (1/235))

Anda juga disarankan untuk menutup aurat semasa membaca. Walaupun ia adalah sunat dan tidak wajib, tetapi lebih baik bagi anda untuk berpakaian yang sopan.

4. Mulakan Membaca Dengan Basmalah

Anda juga dinasihatkan untuk memulakan membaca Al-Quran dengan basmalah dan taawuz. Ini bagi meminta perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT. 

Pembacaan Taawuz adalah seperti berikut:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (Riwayat al-Bukhari – 1319)

5. Membaca Dengan Penuh Penghayatan.

Untuk menikmati kelebihan membaca Al-Quran, anda juga perlu menghayati isi dan membaca kitab Allah dengan penuh penghayatan.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan  ayat-ayat Allah, dan supaya  mendapat pelajaran untuk orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Saad – 29)

Kelebihan Membaca Al-Quran

kelebihan membaca al-quran

Di bahagian ini pula, kami akan menerangkan beberapa kelebihan membaca Al-Quran yang anda boleh menikmati.

1. Menerima Syafaat

Satu kelebihan membaca Al-Quran yang sangat besar adalah ia boleh menjadi syafaat di hari kiamat nanti. Ia boleh menjadi pembela di Padang Mahsyar nanti.

Ini berdasarkan hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang membacanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Diangkat Darjat

Selain dari kelebihan membaca Al-Quran di hari akhirat, ia juga boleh berlaku di dunia di mana darjat anda akan dinaikkan. 

Bagi mereka yang lancar membaca, anda boleh masuk pertandingan membaca dan menaikkan nama anda dan boleh memartabatkan Al-Quran.

Kelebihan ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan kitab ini (al-Quran) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain dengannya.”  (Hadis Riwayat Muslim)

3. Ganjaran Bagi Pembaca Al-Quran

Untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang tidak mahir membaca tetapi mencuba dengan penuh usaha , maka mereka akan dapat pahala atas kesusahan mereka.

Ini dilihat dari Aisyah R.A di mana Rasulullah SAW bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

“Orang yang mahir dengan bacaan al-Quran, maka ia beserta para malaikat yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”  (Hadis Riwayat Muslim)

4. Mendapat Ketenangan Hati Dan Minda

Bagi mereka yang menghadapi ketegangan hidup, membaca Al-Quran merupakan satu cara yang bagus untuk menenangkan hati dan minda.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan diakhir ayat yang engkau bacakan”. (Hadis Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat – 1464)

5. Penawar Penyakit (penyakit hati, ragu-ragu dan sebagainya)

Kelebihan seterusnya adalah terdapat penawar yang terkandung di dalam Al-Quran bagi mereka yang beriman. Allah SWT berfirman:

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah Al-Nahl – 69) 

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan membaca Al-Quran yang boleh dinikmati bagi mereka yang selalu mengamalkannya.

Umat Islam wajib mempercayai kelebihan dan manfaat dari pengamalan dan bacaan Al-Quran bagi memenuhi hari dengan manfaat.

Jika anda ingin dapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai Al-Quran, anda boleh dapatkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman di Rimbunan Mall.

Selain itu, anda juga boleh menikmati servis penghantaran percuma buku ini yang berlanjutan sehingga hujung Mei 2023. 

Anda juga akan dapat bag eksklusif bagi setiap pembelian Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.  buku ini sepanjang promosi ini. 

Jika anda berminat atau ingin tengok katalog penuh kami, sila ke laman web Kumpulan Rimbunan di sini.

No comments:

Post a Comment

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024