Pegawai Masjid
Pegawai-Pegawai Masjid Teluk Kemang.
Imam
1. Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
2. Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
3. Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya;
4. Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam
kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya
5. Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak
kariah masjid itu;
6. Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas
Imam;
7. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu;
dan
8. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINS.
Bilal
1. Menjaga waktu solat fardhu;
2. Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa
dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam;
3. Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan
Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;
4. Membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Imam atau Khatib menaiki Mimbar
pada solat Jumaat;
5. Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua
khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;
6. Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu
dimulakan;
7. Menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan
Ramadhan semasa ketiadaan Imam;
8. Berselawat solat Tarawikh;
9. Bertadarus membaca Al-Quran di masjid;
10..Mengajar perkara-perkara Fardhu’ Ain kepada orang dewasa
di waktu-waktu yang ditetapkan;
di waktu-waktu yang ditetapkan;
11 Memandikan jenazah orang Islam apabila diminta berbuat demikian;
12 Memimpin Tahlil Arwah dan Doa Selamat, Marhaban dan Berzanji apabila
diminta berbuat demikian;
diminta berbuat demikian;
13. Membacakan Yasin kepada orang sakit apabila diminta berbuat demikian;
14. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
15. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINS atau
Nazir atau Imam masjid itu.
Nazir atau Imam masjid itu.
Siak
1. Menjaga kebersihan seluruh masjid itu;
2. Memastikan bahawa pintu-pintu masjid dibuka dan ditutup pada setiap hari;
3. Memastikan tikar dan sejadah dibentangkan sebelum solat fardhu, solat Jumaat dan solat Hari Raya dan digulung selepas solat itu;
4. Memastikan tandas-tandas, bilik-bilik mandi, tempat wuduk dan kolam masjid itu dibersihkan;
5. Memastikan tikar, sejadah, kain saf dan kelengkapan lain di masjid itu dalam keadaan bersih;
6. Memastikan dan bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang masjid;
7. Memastikan paip air, suis lampu dan kipas angin dibuka atau dihidupkan jika
diperlukan dan ditutup atau dimatikan selepas itu;
8. Melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku di masjid itu kepada
Nazir atau Imam masjid itu;
9. Memastikan jamuan more yang disediakan oleh masjid atau yang dibawa oleh anak
kariah dimasak dan dihidangkan;
10. Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu;
dan
11. Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINS atau Setiausaha
MAINS atau oleh Nazir atau Imam masjid itu
No comments:
Post a Comment