ADAKAH MAYAT YANG TIADA KUBUR DI SOAL OLEH MALAIKAT?

 ADAKAH MAYAT YANG TIADA KUBUR DI SOAL OLEH MALAIKAT?

SOALAN :

Mayat yang terbakar dan tidak dikuburkan atau mayat orang kafir yang dibakar sampai jadi debu adakah akan di soal oleh malaikat dan adakah akan diazab juga?

JAWAPAN :

Semua manusia akan disoal di alam barzakh selepas matinya dan mendapat nikmat jika dia beriman dan mendapat azab jika dia kufur samada jasadnya dikuburkan seperti biasa atau hancur terbakar di dalam kebakaran menjadi debu atau dimakan dagingnya oleh ikan di dalam laut.

Semua ruh orang yang mati itu ada baginya alam barzakh walaupun dia tidak mempunyai kubur hanya cuma manusia tidak dapat melihatnya kerana rahmat Allah dari kerana andainya manusia dapat melihat azab yang menimpa mayat yang jahat nescaya tidak ada orang yang mahu menghantarnya ke kubur atau menanamnya.

Berkata Mufti Jordan Dr Nuh Ali Sulaiman :

اتفق أهل السنة والجماعة على أن كل إنسان يسأل بعد موته، قبر أم لم يقبر، فلو أكلته السباع أو أحرق حتى صار رماداً، أو نسف في الهواء، أو غرق في البحر، لسئل عن أعماله وجوزي بالخير خيرًا أو بالشر شرًا.
ولكن الله سبحانه وتعالى صرف أبصار العباد وأسماعهم عن مشاهدة ذلك وستره عنهم، إبقاءً عليهم ليتدافنوا؛ لأنهم لو رأوا العاصي على حاله بعد الموت لما دفنوه، وليس للجوارح الدنيوية قدرة إدراك أمور الملكوت إلا من شاء الله

Artinya : “Telah sepakat ulamak ahli sunnah wal jamaah atas bahawasanya setiap manusia akan disoal selepas matinya samada dia dikuburkan atau tidak dikuburkan. Kalau dia dimakan oleh binatang buas atau terbakar hangus menjadi debu atau terbang pada angin atau tenggelam di dalam laut pasti dia akan disoal tentang amalannya dan dia akan dibalas dengan kebaikkan jika dia seorang yang baik dan dibalas dengan kejahatan jika dia seorang yang jahat akan tetapi Allah Taala memalingkan penglihatan hamba-Nya atau pendengaran mereka dari menyaksikan akan yang demikian itu dan menutup daripada mereka supaya mereka dapat menguburkannya kerana sungguhnya kalau orang yang hidup dapat melihat orang yang derhaka atas kelakuannya selepas mati nescaya mereka tidak mahu menanamnya dan sekelian pancaindera yang bangsa dunia ini tiada mampu mencapai urusan alam malakut melainkan mereka yang Allah menghendaki.” (Majlis Fatwa Jordan)

wallaha’lam
ustaz azhar idrus

https://www.facebook.com/share/p/152ihzww3c/?mibextid=oFDknk

No comments:

Post a Comment

SELAWAT UNTUK RASULULLAH

 SELAWAT UNTUK RASULULLAH Abdullah bin Amr bin al-Ash bahwa dia mendengar Rasulullah brsabda. "Barangsiapa brselawat untukku sekali, ma...