Kelas Agama di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari. Oleh itu hadirlah untuk menimba pelbagai ilmu bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Sila klik di bawah mana yang anda berkenan.
Utama
- Home 2024
- Organisasi
- Pegawai Masjid
- Nazir/Imam MKTK
- Ustaz 2024 MKTK
- Khairat Kematian
- Sayyidul Istighfar
- Tajwid Al-Quran
- Mengumpat
- Ibadah Umrah
- Pengamalan Tasawuf
- Kaum Ibu - Kelas Al Quran 2024
- Kelas Agama 2024
- Haji Yang Mabrur
- Adab-adab ketika ke masjid
- Bayan Linnas
- Fatwa Mufti NS
- Tanah Kubor T Kemang
- Kematian 2024
- P.Dickson Indah
Monday, September 25, 2023
Mutiara Pagi
ASSALAMUALAIKUM WBT
🌹 MUTIARA PAGI 🌹
Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalankan kehidupan dengan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak hati.
Apabila kamu tidak ikhlaskan apa yang sudah berakhir, tidak mudah untuk memulai hal baru dengan baik.
”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Saturday, September 23, 2023
MUTIARA PAGI
ASSALAMUALAIKUM WBT
🌿ASSALAMUALAIKUM WBT
🌿 MUTIARA PAGI 🌿
Jangan pernah menyesal mengenal seseorang dalam hidupmu. Orang baik akan memberimu kebahagiaan. Manakala orang jahat akan memberimu pengalaman, bahkan seburuk-buruknya manusia dapat memberimu pelajaran tentang kebesaran rahsia Allah yang tersembunyi.
”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🌿
Jangan pernah menyesal mengenal seseorang dalam hidupmu. Orang baik akan memberimu kebahagiaan. Manakala orang jahat akan memberimu pengalaman, bahkan seburuk-buruknya manusia dapat memberimu pelajaran tentang kebesaran rahsia Allah yang tersembunyi.
”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Monday, September 18, 2023
Thursday, September 14, 2023
Jangan merasa lebih berjasa dari ibu bapa............
☘️ MUTIARA PAGI ☘️
Jangan merasa lebih berjasa dari ibu bapa yang mengasuh dan membesarkanmu sejak kecil bahkan dengan kata-kata yang kau anggap benar namun menyakiti hati mereka.
Jika kau berasa keras hati, berakhlak buruk, sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibu bapamu dan baktimu kepada mereka.
”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sunday, September 10, 2023
Sunday, September 3, 2023
Kepentingan Bertalaqqi
Kepentingan Bertalaqqi
Talaqqi bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi. Dalam konteks pengajian ilmu secara umum, talaqqi merupakan salah satu wasilah yang penting bagi menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Talaqqi jika dikaitkan dengan pengajian Al Quran bermakna menerima tunjuk ajar daripada guru yang juga bertalaqqi dengan gurunya dalam segala segi dan cabang pengajian Al Quran. Khususnya dalam bidang pembacaan Al Quran yang mementingkan ketepatan dalam penuturan, sebutan, makhraj huruf dan sifat bagi huruf. Oleh itu, hanya dengan bertalaqqi sahaja kita mampu menguasainya.
Talaqqi dan musyafahah melibatkan proses:
(السماع من لفظ الشيخ (التلقين/ الإقراء) والقراءة عليه (العرض)
Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi memastikan kesahihan satu-satu bacaan. Walaubagaimana pun, ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu mengikut atau meniru bacaan guru.
Walaupun begitu, melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal. Secara ringkasnya, talaqqi Al Quran terlalu penting kerana:
1) Ia adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW. Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.
قال الله: وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم
2) Para sahabat juga turut bertalaqqi dengan Sayyidina Rasulullah SAW dan para tabi’in juga bertalaqqi dengan para sahabat dan seterusnya sehingga memungkinkannya menjadi salah satu asbab terpeliharanya kitab suci Al Quran Al Karim.
3) Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al Quran dipindahkan dan diriwayatkan (كيفيات التحمل) dan tidak sah dengan cara yang lain, berbanding dengan Al Hadith.
4) Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan bertalaqqi. Contohnya dalam menentukan qadar mad, sebutan huruf, bacaan Isymam, raum, imalah, tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.
Kesimpulannya, talaqqi sangat penting dalam pembacaan Al-Quran dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa walau setinggi manapun ilmunya kerana peranannya dalam memastikan hak kalamullah sentiasa tertunai dan terpelihara. Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini, maka kelebihan dan keberkatan Al Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita, ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al Quran dan meninggalkan bacaan Al Quran itu sendiri, jadi marilah kita bersama sama menaikkan syiar Al Quran yang telah disisih oleh setengah masyarakat Islam kini…
Ya Allah, golongkanlah kami di kalangan mereka Ahlul Quran dan berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat dengan berkatnya Al Quran dan syafaatkan kami dengan syafaat Al Quran.
Amin Ya Allah….
Subhanallah
Subhanallah ..!!!
Bijak sekali yg merangkai arti abjad * A s/d Z *
Cuba baca yaa ..
A llah
B eri kita hidup
C uma sekali
D i dunia ini...
E sok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimat syahadat
L ailaha Illallah
M uhammaddur Rasulullah
N ikmat dunia hanya sementara
O rang muda atau tua
P asti merasakan mati
Q ualiti Iman jaminannya syurga
R asulullah s.a.w bersabda :
S iapa boleh mengucap syahadat jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia didepan kita
Y ang pasti semua akan ditinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.
Jangan disimpan utk diri sendiri tapi kongsikan kepada orang lain
KIRIM KE 5 GRUP DAN BUNGA ITU AKAN MENGEMBANG TERUS MEMBUKA NAMA ANDA.......
🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌷📩
SUDAH MENCUBA !
Sungguh .. ! Mula2 Tidak percaya - Subhanaallah ..!!
-
Jadual Kuliah DiMasjid Tmn Politeknik Minggu Ini 🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴 1. Tarikh: 15 Dis (Jumaat) Masa: Selepas Solat Magrib Tajuk: Bab Feq...