Sunday, January 21, 2024

Kita tidak boleh nilai orang

 ASSALAMUALAIKUM WBT


🌺 MUTIARA PAGI 🌺

Kita tidak boleh nilai orang melalui masa silam, mungkin dia sudah berubah, bahkan taubatnya diterima oleh Allah. Boleh jadi keadaan dirinya sekarang adalah lebih baik daripada kita.

Jangan pernah merasa solat itu beban, kerana hakikatnya solat itulah yang meringankan beban.

*”Ya الله، hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wednesday, January 17, 2024

Allah ingin seseorang itu menjadi baik......

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌿 MUTIARA PAGI 🌿

Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakan baginya akan kekurangan dirinya sendiri.

Jangan resah dengan kebencian orang kerana masih ramai yang menyukai kita namun resahlah kebencian Allah kerana tiada yang dapat menolong di akhirat kelak.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Sunday, January 14, 2024

KELEBiHAN Surah Al-Mulk

  KELEBiHAN Surah Al-Mulk


Senafas ke Barkzah: Mengharapkan ia menjadi peneman setia di sisi saat keseorangan di Alam Barkzah. Saat di dunia jangan sesekali melupakanya(al-Quran)

AMAL soleh yang kita lakukan di dunia menjadi pelindung di alam barzakh umpama bulan menerangi kegelapan malam.

SATU surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.

Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.

Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.

Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.


Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)


Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.

Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu, mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.

Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:

“Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.

Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.

Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.

Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

Rasulullah SAW juga mengajar untuk mengamalkan satu doa bagi memohon perlindungan dan azab kubur iaitu “Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati” bermaksud:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”

(Hadis Riwayat Muslim)


#amalibacaalmulksebelumtidur

#mohonperlindunganazabkubur

#jgantnggalbacaquran

Friday, January 5, 2024

🌺 MUTIARA PAGI 🌺

🌺 MUTIARA PAGI 🌺

Jangan tanya bila, tetapi keajaiban akan datang kepada orang yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.

Kehidupan tidak selalu berjalan seperti yang kita inginkan, namun pagi datang lagi untuk memberi kita harapan. Teruskan semangat hari ini.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Jadual Kuliah di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini

Jadual Kuliah di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini


Tarikh: 05 Jan ( Jumaat)

Masa: Selepas Magrib

Perkara: Bab Feqah

Pimpinan: Ustaz Amirullah


🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙

Tarikh: 06 Jan (Sabtu)

Masa: Selepas Subuh

Perkara:  Penawar Bagi Hati

Pimpinan: Ustaz Shairozi


🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙

Tarikh: 07 Jan ( Ahad )

Masa: Selepas Magrib

Perkara: Bab Tauhid

Pimpinan: Ustaz Faiz


🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙


Dijemput semua jemaah hadir kemajlis ilmu yang disediakan. Semoga kita semua diberkati Allah SWT.

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024