Saturday, September 21, 2024

Kelas : Kuliah Suboh Ahad 22 Sept 2024

 Kelas : Kuliah Suboh 22 Sept 2024

 


 BICARA DENGAN AL-QURAN - SURAH ALI IMRAN :119

Firman Allah SWT:



هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ [آل عمران : 119]

Ertinya: "Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (Surah Ali Imran: 119)

 Keterangan Ayat:

1. Allah SWT memberi peringatan kepada orang yang beriman! Agar tidak menaruh perasaan kasih sayang dan kesukaan kepada orang munafik!

2. Orang munafik tidak suka kepada kamu! Mereka membenci kamu! Mereka tidak beriman kepada Al-Quran! Sedangkan kamu beriman kepada semua Kitab Allah!

3. Mereka berpura-pura beriman! Padahal mereka berhasad dengki kepada kamu! Mereka tidak akan berjaya! Allah Maha Mengetahui segala isi hati manusia!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

 Antara Petunjuk Ayat:

1. Umat Islam perlu memilih rakan strategik yang tidak memusuhi Islam! Tidak membenci umat Islam! Kelonggaran hanya bagi mereka yang tidak memusuhi Islam!

2. Umat Islam perlu saling membantu dan berkasih sayang antara mereka! Di atas dasar persaudaraan Islam! Tidak bermusuhan!

3. Allah SWT Maha Mengetahui segala isi hati manusia! PetunjukNya adalah untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat!

 Kaedah Beramal:

1. Hendaklah kita memilih kawan mengikut neraca Al-Quran! Bukan ikut suka dan perasaan!

2. Hendaklah kita saling membantu dan berkasih sayang! Jangan bermusuhan!

3. Hendaklah kita mengikut petunjuk Allah! Jangan ikut nafsu! Jangan ikut telunjuk musuh Allah!

Ya Allah jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dari kalangan orang yang Engkau redhai, bukan orang yang Engkau murkai, bantulah kami untuk mengikut petunjukMu. Aamiin.

Tuesday, September 10, 2024

24 Ogos - 10 Sept 2024

 


  • 10  Sept 2024, Selasa , Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Riduan .
  •  8 Sept 2024, Ahad, Kuliah Suboh  Ybhg Ustaz Hj Suhaimi, Tafsir Alquran, Surah Ali Imran 113 -117.
  • 7 Sept 2024, Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Jabar
  • 6 Sept 2024, Kuliah Suboh , Ybhg Ustaz Zulkeple.
  • 5 Sept  2924, Tazkirah Jumaat, Ybhg Ustaz Shukri Ismail
  • 2 Sept 2024, Isnin ,  Ybhg Ust Muhammad Amirullah, Kitab Tauhid, "Sujud Syukur, Sujud Tilawah, Sujud Sejadah".
  • 29 Ogos 2024, Khamis, Malam Munajat, #Solat Maghrib, #Bacaan Yassin, #Zikir, #Solat Isyak
  • 28 Ogos 2024, Rabu, Kuliah Maghrib, Ybhg Ust Shamsul Bahari, Tajwid Dan Talaqqi AlQuran
  • 26 Ogos 2024, Selasa , Ustaz Amran, Timbalan Mufti NS, Fatwa Tulisan Al Quran Khat dll. 
  • 25 Ogos 2024, Isnin Ustaz Halue
  • 24 Ogos 2024, Ahad, Kuliah Kuliah Subuh - Tafsir Al Quran -  Surah Al Imran Ust Suhaimi

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024