Sunday, March 29, 2026

8 Peristiwa Penting Dalam Bulan Syahwal

 

 8 PERISTIWA PENTING BAGI UMAT ISLAM DALAM BULAN SYAWAL

 👇🏻untuk kita sama-sama hayati, ceritakan pada anak-anak, keluarga tercinta dan semua sahabat. Mudah-mudahan rasa cinta kepada sirah Nabi Muhammad SAW terus mekar dalam jiwa kita semua. 🌷🤲🏻

1) TAHUN PERTAMA HIJRAH: KELAHIRAN ABDULLAH BIN ZUBAIR RA

🔸Nama lengkap Abdullah bin Zubair bin Al -‘Awwam bin Khuwailid bin Asas bin Abdul ‘Uzza bin Qushay Al Asadi. Beliau juga dipanggil dengan sebutan Abu Bakar dan ada pula yang menyebutnya Abu Khubaib.
 
🔸Abdullah bin Zubair atau Ibnu Zubair adalah anak kepada Zubair bin Awwam dan Asma binti Abu Bakar. Zubair juga anak saudara kepada isteri pertama Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah. 

🔸Beliau adalah bayi pertama muhajirin yang dilahirkan di Madinah. Di dalam satu kisah yang diceritakan oleh Saidatina Asma’ ketika mana beliau mengandungkan Abdullah Bin Zubair. Kata beliau :
Maksudnya : "Aku keluar dan pada ketika aku dah hampir melahirkan. Aku singgah di Quba dan aku telah melahirkan anak di Quba. Kemudian aku pergi menemui Rasulullah SAW. Lalu aku meletakkan anakku di bilik Baginda. Kemudian Baginda memohon untuk dibawakan tamar. Lantas Baginda mengunyah tamar tersebut kemudian meludah kunyahan tersebut di mulutnya. Benda pertama yang masuk ke tubuhnya ialah air liur Rasulullah SAW. Baginda kemudiannya mentahnikkan dengan sebiji tamar dan memberkatinya. Anak aku adalah bayi yang pertama yang dilahirkan pada zaman Islam (iaitu anak kaum muhajirin yang pertama dilahirkan selepas hijrah).” (HR al-Bukhari & Muslim, hadis sahih)

2) TAHUN KE-2 HIJRAH

🔸 PERANG QAINUQA 
Perang Qainuqa terjadi pada Syawal tahun ke-2 hijrah disebabkan oleh kebencian kaum Yahudi terhadap kemenangan kaum Muslimin atas orang-orang Quraisy dalam perang Badar. 

🔸 PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN SAIDATINA AISYAH
Daripada Aisyah RA berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?” (HR Muslim, hadis sahih)
 
3) TAHUN KE-3 HIJRAH: PERANG UHUD

🔸Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah bersamaan 26 Mac 625 Masihi. Ia berlaku disebabkan dendam kaum kafir Quraisy terhadap orang Islam yang telah mengalahkan mereka ketika Perang Badar dan mengorbankan sebilangan besar tokoh pembesar mereka.

🔸Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Bukit ini dikatakan panjang sekitar 6 km hingga 7 km. Panglima tentera Islam di dalam Perang Uhud ialah Nabi Muhammad SAW sendiri, manakala panglima perang bagi tentera Quraisy dan sekutunya pula ialah Abu Sufyan bin Harb. 

🔸Perbezaan kekuatan tentera antara kedua pihak sangat berbeza. Kekuatan tentera Islam pada asalnya seramai 1000 orang, namun akibat hasutan Abdullah bin Ubai (ketua munafik), 300 orang tentera telah berpatah balik ke Madinah.

🔸Tentera musyrikin Quraisy pula seramai 3000 orang termasuk 200 tentera berkuda. Tentera Muslim kalah dalam perang ini.  

4) TAHUN KE-4 HIJRAH: PERNIKAHAN NABI MUHAMMAD SAW

Dari Aisyah ra, ia berkata:
Maksudnya: “Rasulullah saw menikahiku di bulan Syawal. Dalam riwayat yang lain: Sungguh Nabi menikah dengan Ummu Salamah ra pada bulan Syawal.” (HR Ibnu Majah) 

5) TAHUN KE-5 HIJRAH: PERANG KHANDAQ (PARIT)

🔸Khandak bermaksud parit yang digali tetapi tiada air. Ia dibuat sebagai satu strategi perang yang telah diarahkan oleh Rasulullah SAW hasil cadangan daripada seorang sahabat bernama Salman Al-Farisi r.a.

🔸Peperangan Khandak juga dinamakan sebagai Perang Ahzab kerana tentera Islam berhadapan dengan gabungan tentera musuh yang sangat ramai. Di saat yang getir antara tentera Islam dan musuh berperang sehingga timbul rasa takut yang sangat tinggi di dalam hati kaum muslimin, Rasulullah SAW berdoa di kawasan yang sekarang telah dibina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Fattah. Doa tersebut terkandung di dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Abu Aufa r.anhuma, beliau menceritakan:
Maksudnya: “Rasulullah SAW berdoa pada saat perang Ahzab menghadapi kepungan musyrikin: “Ya Allah yang menurunkan kitab, cepat perhitungannya. Ya Allah, hancurkanlah pasukan bersekutu. Ya Allah, hancurkanlah mereka dan porak-perandakanlah mereka.” (HR Bukhari, hadis sahih)

6) TAHUN KE-8 HIJRAH: PERANG HUNAIN

🔸Perang Hunain terjadi pada bulan Syawal tahun 8 hijrah di lembah Hunain, iaitu sebuah lembah yang menjadi penghubung kota Makkah dan Thaif. Perang ini diikuti oleh 12,000 tentera, terdiri dari 10,000 penduduk kota Madinah, dan 2,000 dari kota Makkah. Sedangkan pasukan musuh terdiri dari 20,000 tentera. 

🔸Menurut Syeikh Dr Said Ramadan al-Buti dalam kitab Sirah Nabawiyah menyatakan pertempuran Hunain adalah pertempuran antara Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya melawan kaum Badwi dari suku Hawazin dan Tsaqif. 

🔸Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak. Pertempuran Hunain merupakan salah satu pertempuran yang disebutkan dalam Al-Quran.

7) TAHUN KE 8 HIJRAH: PERANG TAIF

🔸Peperangan Taif ataupun nama lainya adalah Peperangan Hawazin. Ia berlaku pada bulan Syawal tahun 8 Hijrah, rentetan dari berlakunya peperangan Hunain. Perang ini berlaku apabila sisa-sisa pasukan kaum Quraisy yang kalah dalam peperangan hunain melarikan diri ke kota Taif.

🔸Semasa peperangan ini berlangsung, Rasulullah SAW menggunakan strategi perang yang berbeza apabila melihat tentera Islam tidak dapat menembus benteng kota yang kukuh, melihat keadaan tersebut, akhirnya Rasulullah SAW mengubah taktik penyerangan, dengan menyekat seluruh kawasan di wilayah Taif selama lebih 20 malam. Pada akhirnya penduduk Taif menyerah dan menyatakan keinginannya untuk bergabung dengan pasukan Islam.

8 ) KELAHIRAN IMAM BUKHARI

🔸Tarikh Lahir: Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah di kota Bukhara, Uzbekistan

🔸Wafat: 1 Syawal 256 Hijrah (malam hari raya Aidil Fitri) (Rujukan: Syekh Ahmad Bilal, As-Sirajul Munir fi Alqabil Muhadditsin)  

Sunday, February 15, 2026

MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

Jom Prepare! 

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

8 Peristiwa Penting Dalam Bulan Syahwal

    8 PERISTIWA PENTING BAGI UMAT ISLAM DALAM BULAN SYAWAL  👇🏻untuk kita sama-sama hayati, ceritakan pada anak-anak, keluarga tercinta da...