Wednesday, July 5, 2023

Malam Munajat - Hari Khamis Malam Jumaat

 


Ilmu Itu Bukan Yang Dihafal....................

 


Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah

Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata,  Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam” (Muwatta No: 1685)  Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim

2.  Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka)

3.  Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika saling bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat

4.  Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaknya kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih hangat kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ 

Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan. (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.

5.  Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.

6.  Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#SyawalPermulaanBaharu 

#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


27hb April 2023

06hb Syawal 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Saturday, July 1, 2023

KELAS Al QURAN UNTUK KAUM IBU 1 JULAI 2023

KELAS Al QURAN UNTUK KAUM IBU 1 JULAI 2023


























1/7/23

2/30-4.30 ptg

 Laporan  kelas mengaji Wanita

 1. Ucapan:  Alu aluan kepada para peserta dan tenaga pengajar ustazah Nurul Syafiqah . Tujuan diadakan untuk pembelajaran mengaji lebih memahami sebutan dan makhraj.

 2.Ustazah perkenalkan nama dan pengalaman mengajar . Kelas mengaji warga emas kebanyakan sebaya ibunya adalah pertama kali ustazah mengajar.

 3. Kelas dimulakan bacaan Al fatihah setiap peserta Teguran penambahbaikan

 4. Bacaan iqra’ 5 semua peserta

 5. Seterusnya bacaan surah lazim setiap peserta .

 6.Belajar cara sebutan yg betul

Saturday, June 24, 2023

Sentiasa Tersenyum.......

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌾MUTIARA PAGI🌾

Hanya kerana seseorang itu sentiasa tersenyum ia tidak bermakna hidup mereka sempurna. Kadang senyuman itu adalah tanda harapan dan kekuatan.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN

 ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu ...