Friday, December 29, 2023

Hari Jumaat yg terakhir dalam tahun 2023

 Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari Jumaat yg  terakhir dalam tahun 2023 ... Banyak kenangan yang ALLAH SWT 

beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam satu ujian.. juga kenangan..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. yang baik datang dari ALLAH SWT, yang tak baik datang dari saya. Biasa lah.. Kekadang terlepas cakap tanpa sedar..


HATI SEPERTI KACA

   Jangan bagi retak...

AKAL SEPERTI AIR

   Jangan bagi kering...

IMAN SEPERTI DEBU

   Jangan bagi hilang..         

PERSAUDARAAN SEPERTI TALI

Jangan bagi putus... 

HARAP TAHUN 2024 MENJADIKAN  LEBIH    INDAH

 

  AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN🤝🙏🤲🏻😊

✨ MUTIARA PAGI ✨

 ASSALAMUALAIKUM WBT

✨ MUTIARA PAGI ✨

Bila kita berjaya menahan diri dari bicara tentang keburukan orang lain, itulah kejayaan yang paling indah kerana semakin kita menjauhi dari mencari keburukan orang, semakin Allah sayang kepada kita.

Berhenti menilai masa lalu seseorang. Lebih baik berdiri di sebelahnya, bantu dia cantikkan masa depannya.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

26 Dec 2023 Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

 26 Dec 2023

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini

Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

Kitab Fiqh Manhaji

BENDA-BENDA NAJIS

Benda-benda yg najis adalah terlalu banyak. Dan yang paling utama mempunyai 7 perkara:

Pertama: Arak dan semua cecair yg memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji). 

(Surah al-Maidah: 90)

Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “ Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram. ”

Riwayat Muslim (2003)

Rujukan kitab mlm ni : https://archive.org/details/Fiqhmanhaji1/page/n149/mode/2up

Tuesday, December 19, 2023

14 Dis 2023 Ziarah Alam Shah Abd Hamid,

 Assalamulaikum tuan...hari ni Ziarah Kasih Veteran..

14 Dis 2023 ( Khamis)

Nama Veteran : Alam Shah Abd Hamid, Masjid Tmn Politeknik ( Asar kt sana )





*******************************************


Friday, December 15, 2023

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌾 MUTIARA PAGI 🌾

Teruslah berjalan walau jalannya sulit, kerana jalan yang sulit selalu membawamu ketempat yang indah yang tidak pernah dicapai oleh orang biasa.

Jika kamu tidak cuba untuk membuat impian menjadi kenyataan, maka kamu akan menghabiskan hidup hanya melihat orang lain membuat impian mereka menjadi kenyataan.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Jadual Kuliah Di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini 15 Dis - 17 Dis 2023

 Jadual Kuliah DiMasjid Tmn Politeknik Minggu Ini


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

1. Tarikh: 15 Dis (Jumaat)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Bab Feqah

Pimpinan: Ustaz Amirullah bin Jasni


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

2. Tarikh: 16 Dis (Sabtu)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Bab Adab

Pimpinan: 

Ustaz Ab Jabbar bin Aliho


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

3. Tarikh: 17 Dis (Ahad)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Tauhid

Pimpinan: 

Ustaz Mohd Faiz bin Yusaini


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Setiap seorang muslim mesti mempelajari tiga ilmu ini didalam hidupnya iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf.

PESAN USTAZ

Jika selama didalam hidupnya mereka tidak mempelajari ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf kemudian ditakdirkan mereka itu meninggal dunia, maka orang itu dikategorikan sebagai mati dlm keadaan BERDOSA , dlm keadaan FASIK (Orang yg tidak taat degan perintah Allah SWT). 

Nauzubillahi minzalik.

Semoga hidup kita semua sentiasa diredhai, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbil´alamin.

Sunday, December 10, 2023

Ingat...........

 






 

Kuliah Ustaz Suhaimi

Assalamualaikum

Dijemput semua hadir ke kuliah Maghrib Ustaz Suhaimi 

Tarikh: 10 Disember 2023 (Ahad) bersamaan 26 Jumada al-Ula 1445H

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Masjid Warisan Telok Kemang

*Kitab Sirah Nabi dan Kitab Pintu-pintu Syaitan

Semua dijemput hadir.

Program Cintai Al Quran 10 Dis 2023 MKTK

 


Thursday, December 7, 2023

Salam Jumaat

 


Program Menyemai Cinta Al Quran . 10/12/2023 Hari: Ahad Masa: 9.00 pagi- 11.30 pagi

 


Program Menyemai Cinta Al Quran

Tarikh : 10/12/2023

Hari: Ahad

Masa: 9.00 pagi- 11.30 pagi

Tempat: Dewan Serbaguna MKTK

Penceramah: Ustaz Amiruddin bin Arman (Guru Tahfiz Sek Men Agama Telok Kemang)

Aturcara majlis: 9.00am- 9.20 am

Sarapan pagi 9.20am- 9.30am

Bacaan Al Quran oleh Johan Qariah Warga Emas PD 2022

9.30 pagi

        - Ucapan Ketua Biro Agama

        - Ceramah (Sejarah Al-Quran)

        - Ucapan Pengerusi PPKPD

        - Penyampaian Cenderamata

11.30 pagi- Bersurai

Jom......


 

Saturday, November 11, 2023

Mahsyar

 MAHSYAR


Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. 

Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? 

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. 

Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. 


Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. 

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. 

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

Rujuk surah yassin ayat 52-54. 

ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. 

Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.

Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).


Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. 

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.

Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab. 

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.


Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.  Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.


Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.  Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.  Tiada satu pun yg tertinggal. 


Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid

2) tak ingat

3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.


Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. 

Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan. 

Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.

Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka. 

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).


Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.

Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. 

Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 

hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.


Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..

Wallahu'alam. 


Terdapat dua jenis manusia,

1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..

2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Tuesday, November 7, 2023

Kita Redha Dengan Sesuatu.....

 🌹 MUTIARA PAGI 🌹

Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Sebaik-baik rezeki adalah yang tidak membuat dirimu melampaui batas serta melalaikan kamu dari ingat dan syukur pada Allah.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Saturday, October 28, 2023

MUTIARA PAGI

 ASSALAMUALAIKUM WBT

💛 MUTIARA PAGI 💛

Kekecewaan tidak boleh menghasilkan kejayaan. Malahan akan menambah penderitaan yang berpanjangan.

Kekecewaan akan memberi semangat kepada  musuh untuk menyerang kita . Semua niat  dan azam  kita  tidak ada nilai lagi.

”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Di Pondok Rasah...

 


Friday, October 27, 2023

MUTIARA PAGI

 ASSALAMUALAIKUM WBT

💚 MUTIARA PAGI 💚


Saat paling hina bagiku adalah ketika aku lupa jumlah rakaat dalam solatku. Kerana dalam solat pun ternyata aku masih sibuk memikirkan dunia.

Majulah tanpa menyingkirkan orang lain. Naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain. Berbahagialah tanpa menyakiti orang lain.

”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Ulang Kaji - Rukun-Rukun Dalam Islam

 Bismillahirrahmanirrahim: Ulang kaji rukun2 dalam Islam


1) Rukun Islam

2) Rukun Iman

3) Rukun solat


Rukun Islam

1) Mengucap kalimah syahadah

2) Mengerjakan solat

3) Berpuasa dibulan Ramadhan

4) Mengeluarkan zakat

5) Mengerjakan haji sekiranya mampu


Rukun Iman

1) Percaya pada tuhan

2) Percaya pada malaikat

3) Percaya pada kitab Al Quran

4) Percaya pada rasul

5) Percaya pada hari qiamat

6) Percaya pada qada dan qadar


Rukun solat

1) Berdiri tegak

2) Niat

3) Takbiratul Ihram

4) Membaca surah Al Fatihah

5) Rukuk dan thumakninah

6) Iktidal dengan thumakninah

7) Sujud dua kali dengan thumakninah

8) Duduk diantara dua sujud dengan thumakninah

9) Duduk bagi tahiyat akhir

10) Membaca tahiyat akhir

11) Membaca selawat

12) Memberi salam

13) Tertib


13 rukun ini pula terdiri dari pembahagian kecil, rukun ini dikenali sebagai:


Rukun qauli(Bacaan mulut dengar ditelinga sendiri)

1) Takbiratul Ihram

2) Membaca Al Fatihah

3) Membaca tahiyat Akhir

4) Selawat atas nabi pada tahiyat akhir

5) Salam yang pertama


Rukun qalbi(Dalam hati)

1) Niat

2) Tertib


Rukun fi'li(perbuatan/pergerakan)

1) Qiam( berdiri tegak)

2) Rukuk

3) Iktidal

4) Sujud

5) Duduk diantara dua sujud 

6) Duduk membaca tahiyat akhir


Solat sunat yang di galakan dan amat digalakan


Sebelum(qabliyah) dan selepas(ba'diyah) solat waktu

1) 2 rakaat sebelum subuh(amat digalakan), selepas subuh tiada sunat dan dilarang solat


2) 2 rakaat zohor@jumaat(amat digalakan) dan 2 rakaat selepas zohor@jumaat(amat digalakan)


3) 2 rakaat sebelum asar( digalakan) dan selepas asar tiada solat sunat


4) 2 rakaat sebelum magrib(digalakan) dan 2 rakaat selepas magrib(amat digalakan)


5) 2 rakaat sebelum isyak(digalakan) dan 2 rakaat selepas isyak(amat digalakan)


WUDHU

PENGERTIAN WUDHU ADALAH MENGGUNAKAN AIR BERSIH(SUCI LAGI MENSUCIKAN) UNTUK MEMBASUH ANGGOTA2 TERTENTU YANG DITETAPKAN SYARA.


FARDU WUDHU

1) Berniat mengambil wudhu

2) Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dua2 tulang dagu( bawah dagu) dan antara cuping dan anak telinga kanan dan kiri

3) Basuh kedua tangan (dari pergelangan tangan hingga siku)

4) Sapu sebahagian dari kepala

5) Membasuh kedua kaki serta kedua buku lali

6) Tertib


SUNAT WUDHU

1) Membaca Bismillah dan membasuh kedua belah tangan hingga ke pergelangan tangan

2) Berkumur sebanyak 3 kali

3) Memasukan air kedalam lubang hidung sebanyak 3 kali

4) Menyapu air ke telinga air ke telinga sebanyak 3 kali

5) Membaca doa wudhu


SETELAH SELESAI WUDHU BACA LAH DOA INI

Asyhadu alla ilaaha illallah, wahdahu  laa syarikalahu wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa Rasuluhu"   kerana dengan ucapan tersebut akan dibukakan baginya lapan pintu syurga, dia boleh memilihnya dari pintu mana yang dia kehendaki ( HR Muslim no 234),


Kemudian disambung dengan doa  "Allah humaj'alni minattauwabina waj'alnii minal mutathahhiriina" maksunya:


Ya Allah, jadikan aku golongan orang2 yang bertaubat dan jadikan lah aku dari golongan orang yang membersihkan diri ( Sahih sunan at-tarmizi)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:


"Perhiasan perhiasan di syurga itu sampai ditubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu". ( HR Muslim no 250)


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :

          1. Waktu    

          2. Kata-kata

          3 . Kesempatan


Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:

          1. Kemarahan

          2. Keangkuhan

          3. Dendam


 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:

          1. Harapan

          2. Keikhlasan

          3. Kejujuran


 Ada 3 Hal yg plg berharga:

          1. Kasih Sayang

          2. Cinta

          3. Kebaikan


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :

          1. Kekayaan

          2. Kejayaan

          3. Mimpi


 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :

          1. Komitmen

          2. Ketulusan     

          3. Kerja keras


 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :

          1. Tekad

          2. Kemahuan

          3. Fokus


 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :

          1. Rezeki

          2. Umur

          3.Ajal


#Alhamdulillah

Friday, October 6, 2023

Takdir....

 ❤️ MUTIARA PAGI ❤️

Usah dicari mana kesilapan dalam takdir yang ditetapkan oleh Ilahi, tapi carilah punca kelemahan diri dalam menempuh ujian yang diberi.

Orang yang hebat akan memaksa dirinya untuk berubah. Orang yang lemah berubah kerana terpaksa.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Monday, September 25, 2023

Bahagia Orang Tua.............

 


Mutiara Pagi

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌹 MUTIARA PAGI 🌹

Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalankan kehidupan dengan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak hati.

Apabila kamu tidak ikhlaskan apa yang sudah berakhir, tidak mudah untuk memulai hal baru dengan baik.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Saturday, September 23, 2023

Kata - Kata Hikmat

 








MUTIARA PAGI

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌿ASSALAMUALAIKUM WBT


🌿 MUTIARA PAGI 🌿


Jangan pernah menyesal mengenal seseorang dalam hidupmu. Orang baik akan memberimu kebahagiaan. Manakala orang jahat akan memberimu pengalaman, bahkan seburuk-buruknya manusia dapat memberimu pelajaran tentang kebesaran rahsia Allah yang tersembunyi.


”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”


Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🌿

Jangan pernah menyesal mengenal seseorang dalam hidupmu. Orang baik akan memberimu kebahagiaan. Manakala orang jahat akan memberimu pengalaman, bahkan seburuk-buruknya manusia dapat memberimu pelajaran tentang kebesaran rahsia Allah yang tersembunyi.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Thursday, September 14, 2023

Jangan merasa lebih berjasa dari ibu bapa............

 ☘️ MUTIARA PAGI ☘️

Jangan merasa lebih berjasa dari ibu bapa yang mengasuh dan membesarkanmu sejak kecil bahkan dengan kata-kata yang kau anggap benar namun menyakiti hati mereka.

Jika kau berasa keras hati, berakhlak buruk, sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganmu dengan ibu bapamu dan baktimu kepada mereka.

”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sunday, September 3, 2023

Kepentingan Bertalaqqi

 Kepentingan Bertalaqqi

Talaqqi bermaksud menerima sesuatu daripada pihak yang memberi. Dalam konteks pengajian ilmu secara umum, talaqqi merupakan salah satu wasilah yang penting bagi menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Talaqqi jika dikaitkan dengan pengajian Al Quran bermakna menerima tunjuk ajar daripada guru yang juga bertalaqqi dengan gurunya dalam segala segi dan cabang pengajian Al Quran. Khususnya dalam bidang pembacaan Al Quran yang mementingkan ketepatan dalam penuturan, sebutan, makhraj huruf dan sifat bagi huruf. Oleh itu, hanya dengan bertalaqqi sahaja kita mampu menguasainya.


Talaqqi dan musyafahah melibatkan proses:

(السماع من لفظ الشيخ (التلقين/ الإقراء) والقراءة عليه (العرض)

Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi memastikan kesahihan satu-satu bacaan. Walaubagaimana pun, ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu mengikut atau meniru bacaan guru.


Walaupun begitu, melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal. Secara ringkasnya, talaqqi Al Quran terlalu penting kerana:

1) Ia adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW. Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.

قال الله: وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم

2) Para sahabat juga turut bertalaqqi dengan Sayyidina Rasulullah SAW dan para tabi’in juga bertalaqqi dengan para sahabat dan seterusnya sehingga memungkinkannya menjadi salah satu asbab terpeliharanya kitab suci Al Quran Al Karim.

3) Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al Quran dipindahkan dan diriwayatkan (كيفيات التحمل) dan tidak sah dengan cara yang lain, berbanding dengan Al Hadith.

4) Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan bertalaqqi. Contohnya dalam menentukan qadar mad, sebutan huruf, bacaan Isymam, raum, imalah, tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.

Kesimpulannya, talaqqi sangat penting dalam pembacaan Al-Quran dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa walau setinggi manapun ilmunya kerana peranannya dalam memastikan hak kalamullah sentiasa tertunai dan terpelihara. Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa kini, maka kelebihan dan keberkatan Al Quran yang menjadi mukjizat bagi Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam masyarakat kita, ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al Quran dan meninggalkan bacaan Al Quran itu sendiri, jadi marilah kita bersama sama menaikkan syiar Al Quran yang telah disisih oleh setengah masyarakat Islam kini…


Ya Allah, golongkanlah kami di kalangan mereka Ahlul Quran dan berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat dengan berkatnya Al Quran dan syafaatkan kami dengan syafaat Al Quran.

Amin Ya Allah….

Subhanallah

 Subhanallah ..!!!

Bijak sekali yg merangkai arti abjad * A s/d Z *

Cuba baca yaa ..

A llah

B eri kita hidup

C uma sekali

D i dunia ini...

E sok kita muhasabah

F ikir akan akhir hayat

G erbang akhirat pun

H ampir tiba

I   nilah hakikat hidup

J anji Allah itu pasti

K alimat syahadat

L ailaha Illallah

M uhammaddur Rasulullah

N ikmat dunia hanya sementara

O rang muda atau tua

P asti merasakan mati

Q ualiti Iman jaminannya syurga

R asulullah s.a.w bersabda :

S iapa boleh mengucap syahadat jaminannya syurga

T api..jika gagal...

U ntuk mereka adalah neraka

V isi kita adalah akhirat

W alaupun dunia didepan kita

Y ang pasti semua akan ditinggal...

Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.


Jangan disimpan utk diri sendiri tapi kongsikan kepada orang lain


KIRIM KE 5 GRUP DAN  BUNGA ITU AKAN MENGEMBANG TERUS MEMBUKA NAMA ANDA.......

🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌸📩🌷📩

  SUDAH MENCUBA !


Sungguh .. ! Mula2 Tidak percaya - Subhanaallah ..!!

Sunday, August 6, 2023

Aktiviti aktiviti anjuran PPKPD antaranya:-

 Aktiviti aktiviti anjuran  PPKPD yang seda g berjalan skrg

1. Kelas Mengaji Wanita MKTK tenaga pengajar Ustazah Nurus Syapiqah binti Jalaludin

2. Kelas Mengaji Kanak kanak MKTK  tenaga pengajar Tuan Bilal Abd Azizi b Harun

3. Kelas belajar tajwid kanak kanak Surau Raudhotul Ulum.

Sunday, July 16, 2023

Ingatkan Aje.....

 


JALAN-JALAN IKUT USIA

 JALAN-JALAN IKUT USIA


• 5 - 10 - Jalan² rumah kawan² utk main.


• 10 - 20 - Jalan² rumah kawan² utk belajar.


• 20 - 25 - Jalan² rumah kawan² waktu cuti semesta.


• 25 - 30 - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin.


• 30 - 40 - Jalan² rumah kawan² tengok baby.


• 40 - 50 - Jalan² rumah kawan² sebab lama tak jumpa.


• 50 - 60 - Jalan² rumah kawan² kenduri kahwin anak... selang² jenguk kawan sakit sana sini.


• 60 - 70 - Jalan² rumah kawan solat jenazah.


• 70  - tak jalan² dah... kawan² pulak datang jalan² rumah kita..... sebab kita dah tak boleh jalan 


• 70++ Ramai di antara kita dah jalan......


“ Berjalan, ziarahlah sahabat² selagi ada peluang dan beramal ibadah sertai majlis² ilmu. 

Usia tak boleh berpatah balik, yg tinggal cuma kenangan.


*Peringatan Orang Lama

Sunday, July 9, 2023

Pesan............

 


PANTUN INI KHAS UNTUK ORG TUA-TUA

 PANTUN INI KHAS UNTUK ORG TUA2. 

SIMPAN PANTUN NI BAIK2 UNTUK JENERASI AKAN DATANG

😃😂🤣


1. Emak beli bedak,

Beli sampai dua,

Dulu kita budak,

Sekarang ni dah tua.


2. Pergi rumah cina,

Kerja angkat barang,

Dulu anak teruna,

Waktu ni laki orang.


3. Sepuluh ekor kera,

Hitam mcm arang,

Dulu anak dara,

Le ni bini orang.


4. Makan masak tocu,

Gulai ikan ruwan,

Dulu jadi cucu,

Sekarang jadi Tok Wan.


5. Kakak anak beranak,

Pantang jumpa gincu,

Dulu dukung anak,

Sekarang dukung cucu.


6. Bini orang Maran,

Laki orang Iban,

Dulu rambut karan,

Ni jam rambut beruban.


7. Tanam pokok pisang,

Bawah pokok keranji,

Dulu abang sayang,

Sekarang abang Haji.


8. Bini Datuk Minhat,

Suka ungkit-ungkit,

Dulu badan sihat,

Le ni sakit-sakit.


9. Dari Sungai Batu,

 Pergi Dusun Tua,

Dulu jadi Menantu,

Sekarang jadi Mentua.


10. Makan gulai kerang,

Kenyang sampai sebu,

Dulu mata terang,

Le ni mata kelabu.


Selamat Hari Warga Tua.  Moga sihat sepanjang masa & *SENTIASA INGAT YG MAHA ESA ...

TAMBAH AMAL IBADAT* 

😁😁😁

Jangan Terlalu Banyak Berfikir....

 


Wednesday, July 5, 2023

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a.  Orang yang menipu

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).

b.  Orang yang bakhil

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, (jika engkau bakhil) maka Allah akan bakhil kepadamu.  (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih. 

c.  Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).” (QS. Al-Baqarah: 264).

d.  Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)

Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Janganlah kerana kepentingan kedudukan dan pangkat, kita sanggup menyusahkan rakyat. 

2.  Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).

3.  Jauhilah perangai penipu, bakhil, suka mengungkit pemberiannya dan berperangai buruk.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

13hb Mac  2022
10hb Syaaban 1443H

Kelas Mengaji Untuk Kanak-Kanak

 




Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024