Friday, December 29, 2023

26 Dec 2023 Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

 26 Dec 2023

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini

Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

Kitab Fiqh Manhaji

BENDA-BENDA NAJIS

Benda-benda yg najis adalah terlalu banyak. Dan yang paling utama mempunyai 7 perkara:

Pertama: Arak dan semua cecair yg memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji). 

(Surah al-Maidah: 90)

Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “ Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram. ”

Riwayat Muslim (2003)

Rujukan kitab mlm ni : https://archive.org/details/Fiqhmanhaji1/page/n149/mode/2up

No comments:

Post a Comment

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024