Friday, December 29, 2023

Hari Jumaat yg terakhir dalam tahun 2023

 Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari Jumaat yg  terakhir dalam tahun 2023 ... Banyak kenangan yang ALLAH SWT 

beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam satu ujian.. juga kenangan..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. yang baik datang dari ALLAH SWT, yang tak baik datang dari saya. Biasa lah.. Kekadang terlepas cakap tanpa sedar..


HATI SEPERTI KACA

   Jangan bagi retak...

AKAL SEPERTI AIR

   Jangan bagi kering...

IMAN SEPERTI DEBU

   Jangan bagi hilang..         

PERSAUDARAAN SEPERTI TALI

Jangan bagi putus... 

HARAP TAHUN 2024 MENJADIKAN  LEBIH    INDAH

 

  AAMIIN YA RABBAL AALAMIINπŸ€πŸ™πŸ€²πŸ»πŸ˜Š

✨ MUTIARA PAGI ✨

 ASSALAMUALAIKUM WBT

✨ MUTIARA PAGI ✨

Bila kita berjaya menahan diri dari bicara tentang keburukan orang lain, itulah kejayaan yang paling indah kerana semakin kita menjauhi dari mencari keburukan orang, semakin Allah sayang kepada kita.

Berhenti menilai masa lalu seseorang. Lebih baik berdiri di sebelahnya, bantu dia cantikkan masa depannya.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

26 Dec 2023 Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

 26 Dec 2023

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini

Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

Kitab Fiqh Manhaji

BENDA-BENDA NAJIS

Benda-benda yg najis adalah terlalu banyak. Dan yang paling utama mempunyai 7 perkara:

Pertama: Arak dan semua cecair yg memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji). 

(Surah al-Maidah: 90)

Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “ Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram. ”

Riwayat Muslim (2003)

Rujukan kitab mlm ni : https://archive.org/details/Fiqhmanhaji1/page/n149/mode/2up

Tuesday, December 19, 2023

14 Dis 2023 Ziarah Alam Shah Abd Hamid,

 Assalamulaikum tuan...hari ni Ziarah Kasih Veteran..

14 Dis 2023 ( Khamis)

Nama Veteran : Alam Shah Abd Hamid, Masjid Tmn Politeknik ( Asar kt sana )





*******************************************


Friday, December 15, 2023

 ASSALAMUALAIKUM WBT

🌾 MUTIARA PAGI 🌾

Teruslah berjalan walau jalannya sulit, kerana jalan yang sulit selalu membawamu ketempat yang indah yang tidak pernah dicapai oleh orang biasa.

Jika kamu tidak cuba untuk membuat impian menjadi kenyataan, maka kamu akan menghabiskan hidup hanya melihat orang lain membuat impian mereka menjadi kenyataan.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Jadual Kuliah Di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini 15 Dis - 17 Dis 2023

 Jadual Kuliah DiMasjid Tmn Politeknik Minggu Ini


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

1. Tarikh: 15 Dis (Jumaat)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Bab Feqah

Pimpinan: Ustaz Amirullah bin Jasni


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

2. Tarikh: 16 Dis (Sabtu)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Bab Adab

Pimpinan: 

Ustaz Ab Jabbar bin Aliho


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

3. Tarikh: 17 Dis (Ahad)

Masa: Selepas Solat Magrib

Tajuk: Tauhid

Pimpinan: 

Ustaz Mohd Faiz bin Yusaini


🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Setiap seorang muslim mesti mempelajari tiga ilmu ini didalam hidupnya iaitu Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf.

PESAN USTAZ

Jika selama didalam hidupnya mereka tidak mempelajari ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf kemudian ditakdirkan mereka itu meninggal dunia, maka orang itu dikategorikan sebagai mati dlm keadaan BERDOSA , dlm keadaan FASIK (Orang yg tidak taat degan perintah Allah SWT). 

Nauzubillahi minzalik.

Semoga hidup kita semua sentiasa diredhai, diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbil´alamin.

Sunday, December 10, 2023

Ingat...........

 






 

Kuliah Ustaz Suhaimi

Assalamualaikum

Dijemput semua hadir ke kuliah Maghrib Ustaz Suhaimi 

Tarikh: 10 Disember 2023 (Ahad) bersamaan 26 Jumada al-Ula 1445H

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Masjid Warisan Telok Kemang

*Kitab Sirah Nabi dan Kitab Pintu-pintu Syaitan

Semua dijemput hadir.

Program Cintai Al Quran 10 Dis 2023 MKTK

 


Thursday, December 7, 2023

Salam Jumaat

 


Program Menyemai Cinta Al Quran . 10/12/2023 Hari: Ahad Masa: 9.00 pagi- 11.30 pagi

 


Program Menyemai Cinta Al Quran

Tarikh : 10/12/2023

Hari: Ahad

Masa: 9.00 pagi- 11.30 pagi

Tempat: Dewan Serbaguna MKTK

Penceramah: Ustaz Amiruddin bin Arman (Guru Tahfiz Sek Men Agama Telok Kemang)

Aturcara majlis: 9.00am- 9.20 am

Sarapan pagi 9.20am- 9.30am

Bacaan Al Quran oleh Johan Qariah Warga Emas PD 2022

9.30 pagi

        - Ucapan Ketua Biro Agama

        - Ceramah (Sejarah Al-Quran)

        - Ucapan Pengerusi PPKPD

        - Penyampaian Cenderamata

11.30 pagi- Bersurai

Jom......


 

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024