Kelas Agama di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari. Oleh itu hadirlah untuk menimba pelbagai ilmu bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Sila klik di bawah mana yang anda berkenan.
Utama
- Home 2024
- Organisasi
- Pegawai Masjid
- Nazir/Imam MKTK
- Ustaz 2024 MKTK
- Khairat Kematian
- Sayyidul Istighfar
- Tajwid Al-Quran
- Mengumpat
- Ibadah Umrah
- Pengamalan Tasawuf
- Kaum Ibu - Kelas Al Quran 2024
- Kelas Agama 2024
- Haji Yang Mabrur
- Adab-adab ketika ke masjid
- Bayan Linnas
- Fatwa Mufti NS
- Tanah Kubor T Kemang
- Kematian 2024
- P.Dickson Indah
Saturday, March 9, 2024
TIPS BERPUASA BAGI WARGA EMAS
TIPS BERPUASA BAGI WARGA EMAS
[(Dikutip dari
Departemen Ilmu Penyakit Dalam Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia)].
Secara umum untuk warga emas dan juga untuk semua golongan.
Mudah2an bermanfaat.
● Semasa sahur Tidak meminum air teh dan kopi kerana kedua minuman tsb membuat metabolisme berjalan cepat sehingga cepat rasa dahaga wlpn tak terhidrat.
● Disyorkan untuk mengambil makanan yang lambat dicerna dan memiliki serat yang tinggi. Contohnya gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, nasi merah.
● Semasa berbuka puasa disyorkan untuk mengambil kurma kerana mengandungi gula serat, karbohidrat, kalium dan magnesium. Nutrisi tubuh yang hilang semasa puasa secara perlahan dpt dipenuhi dgn mmkn kurma.
● Memkn buah pisang semasa berbuka sangat baik bagi tubuh kita, sebab pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat.
● Kurangkan makanan bergoreng semasa berbuka, kerana sel-sel lemak akan meningkat di dalam badan. Warga emas lebih mudah mndpt penyakit yang disebabkan lemak, seperti sakit jantung, salur darah tersumbat dan darah tinggi.
● Kurangkn mengambil mknn yang lebih cepat dihadam, seperti gula. kerana cepat rasa dahaga semasa menjalani ibadah puasa.
● Banyak minum air atau jus buah antara berbuka puasa dan sebelum tidur. Tujuannya adalah supaya badan lebih byk mengandungi cecair dn dpt mnjlnkn aktiviti pd esok hari dgn lancar & bertenaga.
● Jangan meminum air sejuk & berais kerana ia cepat mengenyangkan. Dimana makanan bernutrisi yg diambil akan menurun karena tak dpt masuk ke dalam badan.
Sebelum bulan Ramadhan tiba, tolong sebarkan informasi ini kepada semua sahabat Muslim, supaya kita tetap sihat dalam beribadah.
Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lainnya di bulan Ramadhan. Semoga kita semua sihat walafiat dan khusyuk serta ikhlas menjalaninya. Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin
MARHABAN YAA RAMADHAN
ULANG KAJI KEMBALI BAB PUASA RAMADHAN:
ULANG KAJI KEMBALI BAB PUASA RAMADHAN:
~~~~~~~
Syarat Wajib Puasa :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
Syarat Sah Puasa :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun-Rukun Puasa:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
Perkara Sunat Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh
Makruh Ketika Puasa :-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah
Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga
Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya
Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat
Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin
Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu
# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Sya ALLAH..
-
Jadual Kuliah DiMasjid Tmn Politeknik Minggu Ini 🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴 1. Tarikh: 15 Dis (Jumaat) Masa: Selepas Solat Magrib Tajuk: Bab Feq...