Saturday, March 9, 2024

TIPS BERPUASA BAGI WARGA EMAS

 TIPS BERPUASA BAGI WARGA EMAS


[(Dikutip dari

Departemen Ilmu Penyakit Dalam Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia)]. 

Secara umum untuk warga emas dan juga untuk semua golongan.


Mudah2an bermanfaat.


● Semasa sahur Tidak meminum air teh dan kopi kerana kedua minuman tsb membuat metabolisme berjalan cepat sehingga cepat  rasa dahaga wlpn tak terhidrat.


● Disyorkan untuk mengambil makanan yang lambat dicerna dan memiliki serat yang tinggi. Contohnya gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, nasi merah.


● Semasa berbuka puasa disyorkan untuk mengambil kurma kerana mengandungi gula serat, karbohidrat, kalium dan magnesium. Nutrisi tubuh yang hilang semasa puasa secara perlahan dpt dipenuhi dgn mmkn kurma.


● Memkn buah pisang semasa berbuka sangat baik bagi tubuh kita, sebab pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat.


● Kurangkan makanan bergoreng semasa berbuka, kerana  sel-sel lemak akan meningkat di dalam badan. Warga emas lebih mudah mndpt  penyakit yang disebabkan lemak, seperti sakit jantung, salur darah tersumbat dan darah tinggi.


● Kurangkn mengambil mknn yang lebih cepat dihadam, seperti gula. kerana  cepat rasa dahaga semasa menjalani ibadah puasa.


● Banyak minum air atau jus buah antara berbuka puasa dan sebelum tidur. Tujuannya adalah supaya badan lebih byk mengandungi cecair dn dpt mnjlnkn aktiviti pd esok hari dgn lancar & bertenaga.


● Jangan meminum air sejuk & berais kerana ia cepat mengenyangkan. Dimana makanan bernutrisi yg diambil akan menurun karena tak dpt masuk ke dalam badan.


Sebelum bulan Ramadhan tiba, tolong sebarkan informasi ini kepada semua sahabat Muslim, supaya kita tetap sihat dalam beribadah.


Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lainnya di bulan Ramadhan. Semoga kita semua sihat walafiat dan khusyuk serta ikhlas menjalaninya. Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin 


MARHABAN YAA RAMADHAN

No comments:

Post a Comment

Kuliah Maghrib - 4 Okt 2024