Saturday, November 8, 2025

Kaedah belajar/baca Al-Quran

Kaedah belajar/baca Al-Quran:

1. Membaca Quran dgn tartil:
 

Perlahan dan teratur: Membaca dengan kadar yang tidak tergesa-gesa agar setiap huruf dapat disebut dengan jelas.

Jelas: Memastikan setiap huruf disebut dengan tepat (makhraj huruf).

Mematuhi hukum tajwid: Mengikut hukum-hukum tajwid seperti panjang mad, dengung, dan tempat berhenti serta ibtidak yang betul.

Surah Al-Muzammil ayat 4
  اَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْاٰنَ تَرْتِيْلًا ۝٤
 "Au zid 'alaihi warottilil-Qur'aana tartiila"
Ertinya: "atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan dengan bacaan yang baik dan benar."

2. Arahan suruh diam ketika mendengar bacaan Quran
  

Surah Al-A'raf, ayat 204.

 وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ. 
"wa idzâ quri al-qur ânu fastami‘û lahû wa ansitû la ‘allakum tur- hamûn"
Ertinya: "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat". 

3. Baca jgn laju, dengar dulu baru ikut:
 

Surah Al-Qiyamah ayat 16-18
Ayat 16:
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ ١٦
"lâ tuḫarrik bihî lisânaka lita‘jala bih"
Ertinya "Janganlah engkau (Muhammad) menggerakkan lidahmu untuk tergesa-gesa membacanya"
 

Ayat 17:
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ ١٧
"Inna 'alainaa jam'ahuu waqur aanah'
Ertinya: "Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya di dadamu dan membacakannya" 
 

Ayat 18:
فَإِذَا قَرَأْنَـٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ ١٨
"Fa iza qara' naahu fattabi' qur aanah"
Ertinya: "Maka apabila Kami telah selesai membacakannya, ikutilah bacaannya"

Saturday, August 23, 2025

SELAWAT UNTUK RASULULLAH

 SELAWAT UNTUK RASULULLAH

Abdullah bin Amr bin al-Ash bahwa dia mendengar Rasulullah brsabda.
"Barangsiapa brselawat untukku sekali, maka dengannya Allah mmberikan selawat (yakni rahmat) untuknya 10 kali ."
Shahih Muslim - Kitab ash-Shalah, Bab Istihbab al-Qaul Mitsl al-Mu'adzdzin, 1/ 288, no. 384.

 Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW brsabda.
"Barangsiapa berselawat untukku sekali, niscaya Allah memberikan selawat (yakni rahmat) untuknya 10 kali ."
Shahih Muslim, - Kitab ash-Shalah, Bab ash-Shalah 'Ala an-Nabiy Si, 1/306, no. 408.

Rujukan KItab Adzkar Imam Nawawi
LInk rujukan KItab : https://tinyurl.com/3npwrcb4

Wednesday, August 20, 2025

Maulid Agung N.Sembilan - Masjid Kariah Telok Kemang 2025

 


  ✨Anjuran:  Masjid Kariah Telok Kemang 
✨Kerjasama : Sekretariat Maulid Agung N.Sembilan
✨28 SEPT. 2052 - AHAD
✨Bermula Solat Maghrib 
➖➖➖🕋➖➖➖

Tuesday, August 19, 2025

PERINGATAN KHIDMAT MASYARAKAT UNTUK SEMUA AHLI GROUP

 ⚠️PERINGATAN KHIDMAT MASYARAKAT UNTUK SEMUA AHLI GROUP

Pihak masjid kariah telok kemang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB  terhadap sebarang Tindakan ahli group Yang menyebar atau mengggunakan phone number Tuan/puan yg berada Dalam group ini untuk SEBARANG TUJUAN.

Diharap Semua dapat BERHATI² Dan Jangan cepat percaya...Pilihan Di tangan anda📌

Admin Tidak kenal Semua ahli group & moga Allah SWT sentiasa Bersama Tuan2 Dalam membuat SEBARANG KEPUTUSAN sebelum mempercayai sesuatu.... insyaallah.

➖➖➖⚪➖➖➖➖

Nak semak link itu sahih atau tidak?

Untuk rakyat Malaysia, anda boleh gunakan:

Sistem Semak Mule oleh Bank Negara:
👉 https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Laman rasmi CyberSecurity Malaysia – untuk rujukan dan laporan insiden:
👉 https://www.cybersecurity.my

 Semak URL dengan teliti: 

Lihat ejaan domain (contohnya: maybank.com berbeza dengan maybank-login.com)

Elakkan laman web yang tiada https:// pada alamat webnya.

 ⚠️Ingat: 
Scammer makin licik. Jangan jadi mangsa. 

Fikir dulu, klik kemudian – jika pasti.

➖➖➖🕋➖➖➖

Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari (hotline bank 24/7) atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997 (talian ini boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum). Hubungi segera bank atau NSRC untuk membantu mengurangkan kerugian yang dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/11/23/hubungi-pusat-respons-scam-kebangsaan-nsrc-jika-anda-adalah-mangsa-jenayah-siber/

Saturday, July 5, 2025

Pagi ini di Masjid Kariah Telok Kemang

 

***************************************************************

Hukum Mencium Al Quran

 Apakah hukumnya amalan yang selalu dilakukan oleh orang yang membaca Quran termasuk kanak-kanak iaitu mencium Quran selepas membacanya atau ketika mengambilnya kerana ada orang yang mengatakan cium Quran itu merosakkan aqidah?

Jawapan:

Hukum mencium mushaf yakni Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus di sisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.

Berkata Imam As-Suyuthi:

يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْمُصْحَفِ لِأَنَّ عِكْرِمَةَ بْن أَبِي جَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يَفْعَلُهُ

Ertinya: ”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)

Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Palestin:

يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .

ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .

قال النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .

المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني

Ertinya: “Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan sunatnya.Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan mushaf pada setiap pagi dan menciumnya. Dan adalah Uthman r.a. mencium akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.

“Berkata Imam Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palestin)

Kesimpulan

Mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain.

Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.

Dan perkataan mencium Quran boleh merosakkan akidah itu adalah dusta tidak ada berkata seperti itu oleh ulamak dan menuduh sahabat-sahabat Nabi r.a. sebagai rosak aqidah adalah fitnah yang sangat keji.

Tidak rosak aqidah sebab cium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.

Thursday, July 3, 2025

𝐇𝐔𝐁𝐁𝐀𝐊 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 4 - 6 Julai 2025

 


 𝐇𝐔𝐁𝐁𝐀𝐊 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓  🥳

JHEAINS membawakan kepada anda HUBBAK FEST 2025! 
Anjuran JHEAINS 💥  

Ayuh hadir memeriahkan pada 𝟒–𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢 .....

📌𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐨𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠, 𝐏𝐨𝐫𝐭 𝐃𝐢𝐜𝐤𝐬𝐨𝐧!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga:  

🌟 Jom kita raikan kebersamaan, tingkatkan ilmu dan eratkan silaturrahim!


 
************************************************************* 

Sunday, June 22, 2025

23 JUN 2025 (ISNIN) (26 ZULHIJJAH 1446H) KULIAH - al Fadhil USTAZ HALUE MAT TAHIR: AKHLAK SEORANG MUSLIM

 سْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

23 JUN 2025 (ISNIN)
(26 ZULHIJJAH 1446H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG 

al Fadhil USTAZ HALUE MAT TAHIR
AKHLAK SEORANG MUSLIM

Sunday, June 1, 2025

Kelas Agama 2 Jun 2025

 سْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
02 JUN 2025 (ISNIN)
(05 ZULHIJJAH 1446H)
KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
Al Fadhil  USTAZ LT. KOL .(B) ZULKEPLE
KITAB 300 HADIS BIMBINGAN

Monday, May 5, 2025

Ibadah Korban MKTK 2025

 

Assalamualaikum.

PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG  2025


Penyertaan Ibadah korban tahun 2025. bayaran ansuran atau tunai secara mudah di buka untuk peserta yang ingin turut serta.

🐂Setiap bahagian peserta  berjumlah RM 850.00 (Termasuk kos Selenggara)

Bagi peserta yang ingin menyertai syarat2 seperti berikut.👇🏻

1- Pembayaran wang deposit RM 250 pada Pengerusi Korban & kutipan bulanan akan bermula pada bulan February 2025 hingga May 2025.

2- Bayaran bulanan setiap bulan minimum Rm 150 atau lebih dari jumlah tersebut. (bayaran atas kemampuan peserta

3- Pembayaran mestilah melalui online transfer (Reference: name peserta & tarikh)

4- Bagi peserta yang tidak dapat membayar secara online anda jugak boleh membayar secara tunai pada Pengerusi korban (receipt bayaran disediakan)

5- Peserta mestilah membuat bayaran penuh 1 bulan awal dari tarikh hari raya korban tersebut.

6- Peserta yang ingin membatalkan penyertaan disaat akhir mestilah memberitahu sekurangnya 1 bulan awal dari tarikh raya korban tersebut

7- Sebarang perubahan atau kemaskini program ibadah korban 2025 akan kami beritahu pada peserta.

8- Peserta diminta memberi nama penuh serta number handphone untuk memudahkan urusan nanti.

9- Segala bayaran hendaklah dibuat ke atas No Akaun: (1072-5501-8344) (MAYBANK)
(ABDUL HADI MD RADZI)

10- Bagi peserta yang ingin bertanya tentang program korban atau ingin membuat bayaran secara tunai boleh terus berjumpa atau berhubung dengan Pengerusi & Jawatankuasa.

11- Untuk keterangan lanjut tentang Program Ibadah Korban Kampung Telok Kemang peserta boleh terus berhubung dengan jawatankuasa seperti berikut

1- Abdul Hadi : 019 6062030

2- Hj Ridhuan :012 6011147

3- En Fauzi : 018 9534468


Sekian Terima Kasih.

Saturday, April 26, 2025

25 April 2025 - Jemputan Ke Majlis Tautan Kasih Syawal MKTK

 Jemputan Ke Majlis Tautan Kasih Syawal ✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Majlis ini juga anjuran bersama Masjid Kariah Teluk Kemang dan Mohamad Anuar & Zalina  Zainal ingin menjemput Tuan/Puan serta keluarga untuk memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Masjid Kariah Teluk Kemang.

Tarikh: Jumaat, 25 April 2025
Masa: 8.30 malam
Tempat: Masjid Kariah Teluk Kemang

Ayuh kita eratkan silaturrahim, bersama menikmati juadah istimewa, dan berkongsi keceriaan Syawal.

“Ikatan ukhuwah, kemanisan Syawal.”

Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa nanti, insya-Allah!

Saturday, April 12, 2025

KULIAH SUBUH MASJID KARIAH TELOK KEMANG

 


سْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

13 APRIL 2025 (AHAD)
(14 SYAWAL 1446)
KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
AF USTAZ HJ SUHAIMI SAMAD
TAFSIR ALQURAN
_Link Rujukan Kuliah :https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

Puasa Sunat Enam Syawal

  Puasa Sunat Enam Syawal 

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2.  Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat di bulan Syawal sebanyak enam hari, ganjaran pahala yang diperoleh setara dengan berpuasa sepanjang tahun.

3.  Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4.  Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.

5.  Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan). Bangunkan Jiwa Taqwa

MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:

 ihsan sesorang.

BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:

1. Katakanlah kita bertolak blk ke rumah pd pukul 7:25 mlm keseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah-gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda terasa sakit yg amat sgt di dada, di tangan dan di rahang anda. Perjalanan terdekat ke hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin dan tidak mampu utk bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dipraktikan ke atas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DPD SERANGAN JANTUNG KETIKA SEORANG DIRI.

Kebanyakan mereka yg kena serangan jantung tidak menerima sebarang bantuan dan mula rasa nak pengsan. Di saat ini anda mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

7. Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dgn BATUK SEKUAT mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendak lah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.

Bernafas panjang dalam2 sehingga terbatuk dan hendaklah diulangi setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dlm jantung dan apabila terbatuk ia secara langsung mem bantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah.  Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa slmt tiba ke hospital.

9. Sebarkan seluas2nya tips ini. In Sha Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan jika setiap orang yang menerima tips ini, tlg hantarkan kpd 10 orang, mungkin anda dpt menyelamat kan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Daripada menghantar bahan yg x berfaedah  adalah lebih baik menghantar tips yg dpt menyelamat kan nyawa kwn..

12. Sekiranya tips ini sampai semula  kpd kita...lebih dpd sekali... jangan marah... sbb anda mempunyai ramai shbt yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana ingin mengatasi SERANGAN JANTUNG...

Dpd:
Dr. Hafiz
( Senior Cardiologist)

Monday, March 17, 2025

Tazkirah Ramadhan - Minggu Tiga

 



Tazkirah Ramadan
Minggu ke 3
Masjid kariah telok kemang
16 Mac - 22 Mac

16 Mac - Ustaz Irwan (Gantian)
17 Mac - Ustaz Amirullah
18 Mac - Ustaz Syahmi
19 Mac - Ustaz Izzat
20 Mac - Ustaz Fadhli
21 Mac - Ustaz Shukri
22 Mac - Sheikh Shafeldin (Kaherah Mesir)
📌 Moga Allah pilih kita Untuk hadir 

Tuesday, March 4, 2025

Hari Ke Empat Ramadhan......... Dari MKTK

 


Dari Sahabat.................Puasa Ramadhan

Kereta kancil kereta kelisa,
Parking di bawah pokok kelapa;
Hari Ahad dah mula puasa,
Jangan makan buat terlupa.
🤭🤭🤭🤭😁
Pergi ke hutan memburu rusa,
Terpijak duri kaki terluka;
Esok kita dah mula berpuasa,
Jangan membazir ketika berbuka.
🤭🤭🤭🤭😁
Beli sejadah berserta tasbih
Beli dekat Pengkalan Chepa
Malam ini dah mula Terawih
Saja peringat takut terlupa
🤭🤭🤭🤭😁
Sedap sungguh ikan siakap,
Masak berlada juadah berbuka;
Maaf dipinta salah dan silap,
Semoga Allah berkati kita.
🤣😆😂😘😍😁😜
Kelapa muda petik setandan,
Hilangkan dahaga penat dan lelah;
Selamat menyambut bulan Ramadan,
Banyakkan ibadah kpd Allah 😊

Friday, February 21, 2025

Gotong Royong Masjid dan Kubur Telok Kemang

 



Kelas Agama - 21 Feb - 28 Feb 2025

 21 Feb 2025 - Tazkirah Jumaat

 


 21 Feb 2025 - Kuliah Khas Di Ambang Ramadhan


22 Feb 2025  Sabtu - Kuliah Suboh 


 

 22 Feb 2025 Sabtu - Kuliah Khas - Di Ambang Ramadhan


 

23 Feb 2025 Ahad - Tafsir Al Quran