Apakah hukumnya amalan yang selalu dilakukan oleh orang yang membaca
Quran termasuk kanak-kanak iaitu mencium Quran selepas membacanya atau
ketika mengambilnya kerana ada orang yang mengatakan cium Quran itu
merosakkan aqidah?
Jawapan:
Hukum mencium mushaf yakni
Al-Quran ketika mengambilnya atau selepas menggunakannya adalah harus
di sisi jumhur ulamak dan pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie dan
Hanbali bahawa mencium mushaf itu disunatkan.
Berkata Imam As-Suyuthi:
يُسْتَحَبُّ تَقْبِيلُ الْمُصْحَفِ لِأَنَّ عِكْرِمَةَ بْن أَبِي جَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ يَفْعَلُهُ
Ertinya:
”Disunatkan mencium mushaf yakni Quran kerana sungguhnya sahabat yang
bernama Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau melakukannya yakni
mencium akan mushaf.” (Kitab Al-Itqan)
Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Palestin:
يجوز تقبيل المصحف كما قال : الحنفية والحنابلة . وروي عن الإمام أحمد استحبابه .
ومن أدلة ذلك: روي عن عمر رضي الله عنه أنه كان يأخذ المصحف كل غداة ويقبله . وكان عثمان رضي الله عنه يقبل المصحف ويمسحه على وجهه .
قال
النووي في (التبيان في آداب حملة القرآن) : روينا في مسند الدارمي بإسناد
صحيح عن ابن أبي مليكة : أن عكرمة بن أبي جهل كان يضع المصحف على وجهه
ويقول : كتاب ربي كتاب ربي .
المجلس الإسلامي للإفتاء – الداخل الفلسطيني
Ertinya:
“Harus mencium mushaf sebagaimana berkata akan dia oleh ulamak mazhab
Hanafi dan Hanbali. Dan diriwayatkan dari riwayat Imam Ahmad akan
sunatnya.Dan setengah dari dalil yang demikian itu ialah barang yang
diriwayatkan daripada Umar r.a. sungguhnya beliau telah mengambil akan
mushaf pada setiap pagi dan menciumnya. Dan adalah Uthman r.a. mencium
akan mushaf dan menyapu akan Quran kepada wajahnya.
“Berkata Imam
Nawawi pada kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran : Telah
diriwayatkan pada Musnad Ad-Darimi dengan sanad yang sahih daripada Ibnu
Abi Mulaikah sungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal r.a. adalah beliau
meletakkan akan mushaf atas mukanya dan berkata : Kitab Tuhanku Kitab
Tuhanku.” (Majlis Fatwa Palestin)
Kesimpulan
Mencium mushaf atau Quran itu hukumnya adalah harus pada setengah ulamak dan sunat pada setengah yang lain.
Mencium Quran adalah amalan sebahagian sahabat Nabi r.a.
Dan
perkataan mencium Quran boleh merosakkan akidah itu adalah dusta tidak
ada berkata seperti itu oleh ulamak dan menuduh sahabat-sahabat Nabi
r.a. sebagai rosak aqidah adalah fitnah yang sangat keji.
Tidak rosak aqidah sebab cium Quran tetapi rosak aqidah sebab sakit hati melihat Quran dicium.
Kelas Agama untuk Kaum Ibu di Masjid Kariah Telok Kemang diadakan pada setiap hari Sabtu. Oleh itu hadirlah untuk menimba ilmu tajwid bagi tujuan duinia dan akhirat. Sebab " Menuntut Ilmu Adalah Wajib Ke Atas Semua Umat Islam" Terima Kasih. Blog ini bukan blog rasmi MKTK . Sila klik di bawah .
Utama
- Home 2026
- Organisasi
- Pegawai Masjid
- Nazir/Imam
- Ustaz 2026
- Khairat Kematian
- Sayyidul Istighfar
- Tajwid Al-Quran
- Mengumpat
- Kaum Ibu - Kelas Al Quran 2026
- Subjek Tajweed Kelas
- Ibadah Umrah
- Kelas Iqra Sehingga 2023
- Haji Yang Mabrur
- Adab Ke Masjid
- Bayan Linnas
- Fatwa Mufti NS
- Kubor TKemang
- Kematian Pada 2026
- Masjid Di P.Dickson
- Mayat Orang Islam
Saturday, July 5, 2025
Hukum Mencium Al Quran
Thursday, July 3, 2025
𝐇𝐔𝐁𝐁𝐀𝐊 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 4 - 6 Julai 2025
𝐇𝐔𝐁𝐁𝐀𝐊 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓 🥳
JHEAINS membawakan kepada anda HUBBAK FEST 2025!
Anjuran JHEAINS 💥
Ayuh hadir memeriahkan pada 𝟒–𝟔 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢 .....
📌𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐨𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠, 𝐏𝐨𝐫𝐭 𝐃𝐢𝐜𝐤𝐬𝐨𝐧!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga:
🌟 Jom kita raikan kebersamaan, tingkatkan ilmu dan eratkan silaturrahim!
Sunday, June 22, 2025
23 JUN 2025 (ISNIN) (26 ZULHIJJAH 1446H) KULIAH - al Fadhil USTAZ HALUE MAT TAHIR: AKHLAK SEORANG MUSLIM
سْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
23 JUN 2025 (ISNIN)
(26 ZULHIJJAH 1446H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
al Fadhil USTAZ HALUE MAT TAHIR
AKHLAK SEORANG MUSLIM
Wednesday, June 18, 2025
Tuesday, June 10, 2025
Sunday, June 1, 2025
Kelas Agama 2 Jun 2025
سْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
02 JUN 2025 (ISNIN)
(05 ZULHIJJAH 1446H)
KULIAH SUBUH
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
Al Fadhil USTAZ LT. KOL .(B) ZULKEPLE
KITAB 300 HADIS BIMBINGAN
Monday, May 5, 2025
Ibadah Korban MKTK 2025
Assalamualaikum.
PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG 2025
Penyertaan Ibadah korban tahun 2025. bayaran ansuran atau tunai secara mudah di buka untuk peserta yang ingin turut serta.
🐂Setiap bahagian peserta berjumlah RM 850.00 (Termasuk kos Selenggara)
Bagi peserta yang ingin menyertai syarat2 seperti berikut.👇🏻
1- Pembayaran wang deposit RM 250 pada Pengerusi Korban & kutipan bulanan akan bermula pada bulan February 2025 hingga May 2025.
2- Bayaran bulanan setiap bulan minimum Rm 150 atau lebih dari jumlah tersebut. (bayaran atas kemampuan peserta
3- Pembayaran mestilah melalui online transfer (Reference: name peserta & tarikh)
4- Bagi peserta yang tidak dapat membayar secara online anda jugak boleh membayar secara tunai pada Pengerusi korban (receipt bayaran disediakan)
5- Peserta mestilah membuat bayaran penuh 1 bulan awal dari tarikh hari raya korban tersebut.
6- Peserta yang ingin membatalkan penyertaan disaat akhir mestilah memberitahu sekurangnya 1 bulan awal dari tarikh raya korban tersebut
7- Sebarang perubahan atau kemaskini program ibadah korban 2025 akan kami beritahu pada peserta.
8- Peserta diminta memberi nama penuh serta number handphone untuk memudahkan urusan nanti.
9- Segala bayaran hendaklah dibuat ke atas No Akaun: (1072-5501-8344) (MAYBANK)
(ABDUL HADI MD RADZI)
10- Bagi peserta yang ingin bertanya tentang program korban atau ingin membuat bayaran secara tunai boleh terus berjumpa atau berhubung dengan Pengerusi & Jawatankuasa.
11- Untuk keterangan lanjut tentang Program Ibadah Korban Kampung Telok Kemang peserta boleh terus berhubung dengan jawatankuasa seperti berikut
1- Abdul Hadi : 019 6062030
2- Hj Ridhuan :012 6011147
3- En Fauzi : 018 9534468
Sekian Terima Kasih.
ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN
ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu ...













