Friday, January 5, 2024

🌺 MUTIARA PAGI 🌺

🌺 MUTIARA PAGI 🌺

Jangan tanya bila, tetapi keajaiban akan datang kepada orang yang sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain.

Kehidupan tidak selalu berjalan seperti yang kita inginkan, namun pagi datang lagi untuk memberi kita harapan. Teruskan semangat hari ini.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

Jadual Kuliah di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini

Jadual Kuliah di Masjid Tmn Politeknik Minggu Ini


Tarikh: 05 Jan ( Jumaat)

Masa: Selepas Magrib

Perkara: Bab Feqah

Pimpinan: Ustaz Amirullah


πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™

Tarikh: 06 Jan (Sabtu)

Masa: Selepas Subuh

Perkara:  Penawar Bagi Hati

Pimpinan: Ustaz Shairozi


πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™

Tarikh: 07 Jan ( Ahad )

Masa: Selepas Magrib

Perkara: Bab Tauhid

Pimpinan: Ustaz Faiz


πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™


Dijemput semua jemaah hadir kemajlis ilmu yang disediakan. Semoga kita semua diberkati Allah SWT.

Friday, December 29, 2023

Hari Jumaat yg terakhir dalam tahun 2023

 Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari Jumaat yg  terakhir dalam tahun 2023 ... Banyak kenangan yang ALLAH SWT 

beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam satu ujian.. juga kenangan..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. yang baik datang dari ALLAH SWT, yang tak baik datang dari saya. Biasa lah.. Kekadang terlepas cakap tanpa sedar..


HATI SEPERTI KACA

   Jangan bagi retak...

AKAL SEPERTI AIR

   Jangan bagi kering...

IMAN SEPERTI DEBU

   Jangan bagi hilang..         

PERSAUDARAAN SEPERTI TALI

Jangan bagi putus... 

HARAP TAHUN 2024 MENJADIKAN  LEBIH    INDAH

 

  AAMIIN YA RABBAL AALAMIINπŸ€πŸ™πŸ€²πŸ»πŸ˜Š

✨ MUTIARA PAGI ✨

 ASSALAMUALAIKUM WBT

✨ MUTIARA PAGI ✨

Bila kita berjaya menahan diri dari bicara tentang keburukan orang lain, itulah kejayaan yang paling indah kerana semakin kita menjauhi dari mencari keburukan orang, semakin Allah sayang kepada kita.

Berhenti menilai masa lalu seseorang. Lebih baik berdiri di sebelahnya, bantu dia cantikkan masa depannya.

*”Ya Allah, hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada pejuang Hamas.”*

”Ya Ψ§Ω„Ω„Ω‡, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

#PrayForGaza

#FreePalestine

26 Dec 2023 Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

 26 Dec 2023

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Ahmad Khusaini

Surau Al Ikhlas Pantai Telok Kemang

Kitab Fiqh Manhaji

BENDA-BENDA NAJIS

Benda-benda yg najis adalah terlalu banyak. Dan yang paling utama mempunyai 7 perkara:

Pertama: Arak dan semua cecair yg memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji). 

(Surah al-Maidah: 90)

Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “ Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram. ”

Riwayat Muslim (2003)

Rujukan kitab mlm ni : https://archive.org/details/Fiqhmanhaji1/page/n149/mode/2up

Tuesday, December 19, 2023

14 Dis 2023 Ziarah Alam Shah Abd Hamid,

 Assalamulaikum tuan...hari ni Ziarah Kasih Veteran..

14 Dis 2023 ( Khamis)

Nama Veteran : Alam Shah Abd Hamid, Masjid Tmn Politeknik ( Asar kt sana )





*******************************************


ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN

 ANTARA SEBAIK-BAIK AMALAN Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu ...